Monday, November 24, 2014

Fakta menarik minggu ke 12 EPL.


Fakta-fakta menarik sepanjang minggu ke 12 di Liga Perdana Inggeris

Fakta 1:
- 17 gol telah pun dijaringkan oleh Wilfried Bony pada tahun 2014, dalam 31 penampilan yang mana kadar purata gol adalah 0.55 setiap satu perlawanan, menewaskan Sergio Aguero.

Fakta 2:
- 21 gol bolos, oleh pasukan Liverpool sepanjang 10 perlawanan. Kadar purata bolos adalah 2.1 gol setiap perlawanan. Agak teruk kan... hehheehe

Fakta 3:
- 10 assist oleh Cesc Fabregas dalam 12 perlawanan. Kadar assist yang terbaik berbanding dalam mana-mana pemain dalam Liga Perdana Inggeris.

Fakta 4:
- 2008 adalah tahun terakhir yang mana Mauro Zarate menjaringkan gol menentang Everton. Namun pada tahun tersebut, Zarate menjaringkan gol mewakili Birmingham pada April 2008 yang mana perlawanan berkesudahan 1-1.

Fakta 5:
- 0-0 seri bagi pasukan Leicester. Dengan seri tersebut, maka Leicester mengakhiri rekod 55 perlawanan tanpa seri. Namun rekod tanpa seri masih dipegang pasukan Fulham dengan 68 perlawanan tanpa seri.

Fakta 6:
- 11 gol oleh Rooney menentang Arsenal. Yang menariknya, gol pertama beliau juga datang apabila menentang Arsenal, dan pada gol yang ke 100, juga datang apabila menentang Arsenal. Ironi kan... hahaha

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget