Wednesday, October 1, 2014

Vincent Tan ingin beli kelab bola Chivas USA



Api kebencian peminat bola kali ini semakin membara apabila mendengar berita bahawa Vincent Tan ingin membeli kelab bola Chivas USA yang bermain di Major League Soccer. Memang kaya gila punya. 




Berada di kedudukan ke-20 orang terkaya di Malaysia. Apa saja semua dia boleh buat. Dengan fesyen yang akan menjadi trend, apakukesah la kan? Rasanya pelaburan kelab di luar negara ternyata menguntungkan. Walaupun Cardiff tergelincir ke Liga Championship, namun Vincent Tan tak gentar dan masih tenang. Sebab apa? Sebab boleh beli satu lagi kelab. Agak-agak Cardiff tak boleh blah je season ni, jual la kelab tu. Tapi sayang la kelab dekat Malaysia ni. Di anak tirikan. Yang nampak gah sekarang pun JDT je. Dengan upgrade stadium bagai lengkap fasiliti bagai, tambah pula beli pemain ternama, dan akhirnya, scene bola sepak Johor kembali lagi setelah suram bertahun-tahun lamanya. Kalau dulu yang datang pun berapa ketul je. Sekarang dah tak cukup stadium. Semakin meriah setelah kelab dari utara, tengah dan pantai timur je yang ramai.


Jom lihat komen peminat-peminat bola. Ada yang setuju, Ada yang tak.





Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget