Thursday, October 2, 2014

Sukan Tradisional - Galah Panjang


Siapa pernah main permainan lejen ni? Angkat tangan pelisss... Asyik cerita sukan moden ja, kita tukar mood kepada sukan tradisional kita pula ye.

Galah panjang ni memang syok main masa budak-budak dulu. Aktiviti wajib setiap kali cuti sekolah. Tak kira cuti pendek ke cuti panjang ke, hujung minggu ke, janji namanya cuti, mesti galah panjang menjadi salah satu pilihan permainan. Tapi sebelum nak main permainan ni, kena kompemkan dengan member-member. Kalau tak cukup orang, tak boleh gak nak main. Ye la kan, dulu dok kampung, mana ada nak main komputer la, henpon la. Tengok tv pun setakat ada TV1, TV2 dan TV3. Baik main kat luar. Cerita kat tv pun bukan best sangat. Tak macam sekarang, kalau boleh melekat mata tu depan tv tengok Astro tak pun tengok pakai Skybox (save monthly bajet berbanding Astro)

Bagi yang tak tahu tak pun terlupa atau tertak ingat, jom refresh permainan ni.

TEMPAT BERMAIN.

Ia selalunya dimainkan di luar rumah, kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris.

Anggaran antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.


 

PEMAIN.

Dua kumpulan pemain perlu dibentuk , minimum 4 orang pemain setiap kumpulan dan salah seorang adalah ketua dan yang lain adalah awak-awak. Pemain terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa tidak kira golongan wanita mahupun lelaki. 



LANGKAH2 PERMAINAN.


Perlawanan bermula sejurus ketua pasukan penyerang menepuk tangan pasukan bertahan di petak kepala gelangan . sejurus perlawanan bermula, awak-awak boleh mula menyerang tidak kira secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain yang menyerang haruslah melepasi semua garisan sehingga ke garisan belakang. Pemain yang bertahan haruslah menyentuh pihak lawan bagi menghalang dari sampai ke garisan belakang. Sekiranya salah seorang pihak penyerang disentuh maka kumpulan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan sekiranya kumpulan penyerang dikira mati. 


PERATURAN PERMAINAN

Pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang daripada mereka disentuh pasukan bertahan. Pertukaran kedudukan akan dilakukan jika salah seorang dari pasukan penyerang berundur dari garisan permainan yang telah dilepasi. Pasukan penyerang akan dikira kalah jika salah seorang daripada meraka terkeluar dari garisan permainan. 

CARA MENENTUKAN PERMAINAN.

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang daripada mereka berjaya melepasi kesemua garisan serta berjaya balik ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan yang berjaya melakukan tugas di atas. Pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang keseluruhan.




Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget