Thursday, October 2, 2014

Selepas demam dua hari, minyak pun naik 20 sen.


Sehari dua nie aku dah tak sempat nak update ceritera dekat Stylo Sport nie. Bukan tak mahu, tapi kelapa jem. Demam. Hari nie badan rasa macam ok sikit, walaupun demam tak la sembuh lagi, tapi kira ok la daripada hari-hari sebelumya. Alih-alih minyak naik pulak. Takan sebab aku demam dua hari, minyak naik 20 sen.

Haih...

Dalam masa yang sama, aku follow juga perkembangan semasa daripada Liga Juara-Juara, Piala Malaysia malah Sukan Asia di Korea. Kalay Liga Juara-Juara, citer pasal apa lagi kalau bukan pasal Liverpool kalah. Bengong punya Liverpool. Nasib tak bangun (memang tak boleh bangun sebab demam) tengok game Liverpool bertemu Basel. Kalah 1-0. Memalukan. Yang menariknya, gol tersebut adalah melalui set piece. Balotelli memang tak menjadi langsung.


Kes sukan asia pulak, kes doping. Pingat emas pertama Malaysia, ditarik balik. Namun rayuan telahpun dihantar kepada pihak berkenaan dan keputusan akhir dalam masa 48jam. Tapi biasa la kan, ramai yang mempertikaikan tidakkan penganjur yang melakukan proses doping tersebut malah kaedah yang digunakan juga di pertikai.


Macam-macam hal kan. Benda nie sebenarnya tak mustahil untuk atlet mengambil dadah berkenaan, ataupun tidak sengaja mengambil dadah tersebut. Tapi apa yang jelas, ujian doping ke atas Tai Cheau Xuen telahpun menunjukkan kehadiran darah terlarang. Kalau betul-betul benda ini berlaku, dan Tai Cheau Xuen sememangnya sengaja mengambil dadah tersebut, maka, disinilah berakhirnya karier beliau dalam sukan wushu. Dia dapat nama, Malaysia pun dapat nama.

huuhuh...

Tapi dalam semua-semua berita tue, ada satu berita minyak naik 20 sen yang paling menyayat hati. Aku sebenarnya lagi sedih kalau ada orang kata minyak naik nie tidak membebankan. Tak mengapa lah. Diorang orang yang senang, tak macam aku nie. Dah la baru nak kebah daripada demam, tapi nak buat camana. Musim kot. Tapi diroang ni efaham tak chain reaction terkesan daripad kenaikkan minyak ini.

Pasal minyak naik nie, aku ada beberapa persoalan, agak-agak korang boleh jawab tak? Bukan politik erk, lebih kepada bukakan minda dan luaskan pemikiran.

Soalan 1:
Selepas minyak naik 20 sen, agak-agak makanan tengah hari korang nak tapau nanti, naik tak??

Soalan 2:
Agak-agak, siaran astro sukan yang korang langgan untuk tengok bola, agak-agak akan naik tak?

Soalan 3:
Agak-agak, minyak dah naik 20 sen nie, gaji korang naik tak?? Sebab minyak naik 10%, gaji korang naik 10% tak?

Soalan 4:
Soalan terakhir untuk entry ini. Erk... lupa...

ok bai...

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget