Friday, October 3, 2014

Salam Jumaat dari Stylo Sport..


Aku rasa, sejak kebelakangi nie, intensiti untuk aku menulis nampak sedikit berkurang. Mungkin disebabkan demam yang aku hadapi dua tiga hari nie. Betul lah orang cakap, kalau dah cuti tue, kalau nak start balik, memang payah benar. Momentum tue kena sentiasa berterusan. Jadi aku cuba untuk teruskan momentum untuk terus menerus bercerita dalam Stylo Sport nie.

Sebenarnya, banyak isu sukan yang boleh ja aku ceritakan, tapi sebab badan tak berapa sedap, jadi aku abaikan. Tapi, bila dah sihat nie, nak tulis cerita itu semua, rasanya sudah terlambat sebab cerita sukan nie cepat basi. Itu fakta. Ini disebabkan arus sukan perdana nie sangat-sangt cepat kalau nak dikutkan. Berbanding cerita berkenaan informasi kerana informasi tue sentiasa dicari oleh orang diluar sana.

Tapi macam yang aku cakapkan lah, Stylo Sport ini masih dengan identitinya tersendiri dengan cerita berkenaan sukan dalam negara dan juga antarabangsa. Setakat nak cerita dan nak ulas apa yang berlaku itu, rasanya tak ada masalah sangat. Sebab kami tak terikat dengan apa-apa komitment pun. Semua berita dan ulasan adalah daripada ilmu dan pengalaman kami sendiri. Dan juga imaginasi kami yang tersendiri. So, kalau korang perasan, kadang-kadang banyak merapu dari fakta.

Hahahahaha...

Jadi, kami di Stylo Sport berharap kepada penbaca diluar sana, harap dapat menyokong kami dari masa ke semasa dan doakan istiqamah kami dalam menyalurkan informasi terkini mengenai sukan dalam dan luar negara yer...

Amin..


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget