Thursday, October 30, 2014

Rekod Mario Balotelli teruk di Liverpool..



Apabila dibandingkan rekod Mario Balotelli semasa di Manchester City dan AC Milan, rekod beliau di Liverpool agak kurang memberangsangkan, dalam erti kata lain, agak teruk. Tak tahu la sama ada disebabkan Balotelli kurang bernasib baik atau kurang mendapat bola sepertimana di kelab-kelab lain.

Entah la, aku tak tahu apa nak cakap, tapi sepanjang permainan, memang nasib tak berapa menyebelahi beliau. Gol kedua Balotelli hadir pada perlawanan menentang Swansea, Dua hari yang lalu. Walaupun masuk sebagai pemain gantian, tetapi dapat menjaringkan gol. Yang menariknya, gol tersebut hasil lambungan jauh daripada Borini. Adakah ini pertanda, Borini perlu bermain dengan Balotelli untuk perlawanan akan datang??

Siapa tahu... Tunggu lah nanti. Mungkin, Balotelli meletup lepas ini. Kalau macam itu jugak, baik aku rasa pakai Borini ja.. huhuhu

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget