Tujuh tahun Datuk Seri Zolkples Embong memegang jawatan selaku Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) dan adakah selepas kegagalan di dua temasya terbesar di Sukan Komanwel Glasgow dan Sukan Asia Incheon pada tahun ini, maka satu revolusi perlu dilakukan dengan melantik muka baharu yang lebih berwibawa?Dalam mendapatkan pengganti yang lebih berkaliber, mungkin sudah sampai masanya mana-mana individu yang dilantik tidak wajar diterhadkan daripada kalangan pegawai-pegawai MSN semata-mata dan calon itu boleh dipilih daripada pelbagai golongan sama ada dari sektor kerajaan atau swasta.Idea ini difahamkan sedang diusahakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang mahu jawatan Ketua Pengarah MSN dibuka kepada calon-calon yang difikirkan layak dan bersesuaian dalam usaha meneraju badan sukan negara itu ke tahap yang lebih kompetitif.Berdasarkan maklumat yang diperolehi Utusan Malaysia, Khairy telah mengadakan perbincangan serius dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa sekiranya jawatan itu boleh dibuka kepada umum, walaupun sebelum ini nama Pesuruhjaya Sukan, Ahmad Shapawi Ismail sebelum ini ada disebut-sebut sebagai bakal pengganti Zolkples.Perubahan drastik ini nyata dipersetujui oleh bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Wira Mazlan Ahmad yang berkata, ia akan menyuntik elemen kesegaran dalam pengurusan MSN di samping menjana idea baharu, walaupun melihat amalan melantik Ketua Pengarah daripada kalangan orang luar MSN bukanlah sesuatu yang asing."Melantik orang luar sebagai Ketua Pengarah MSN bukan satu perkara yang baharu dan bagi saya, langkah ini amat sesuai dipraktikkan pada masa sekarang dan saya rasa Menteri mengambil langkah yang betul dalam soal ini."Macam saya dulu pun, saya asalnya adalah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan dipinjamkan ke MSN pada tahun 1983 selaku Timbalan Pengarah sehinggalah dilantik sebagai Ketua Pengarah (tahun 1993)."Kelebihan melantik mereka yang bukan datang daripada kalangan MSN semata-mata mampu membantu Menteri mendapatkan calon terbaik dan lebih meluas daripada latar belakang yang berbeza."Sama ada dari sektor kerajaan atau swasta, itu bukan isunya dan terus-terang, saya memang sokong jika benar Menteri mahu mengambilh langkah sebegitu dan sudah sampai masanya angin perubahan perlu dilakukan di MSN," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam. - UTUSAN
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop