Tuesday, September 23, 2014

West ham United memalukan Liverpool di Upton Park. West Ham 3-1 Liverpool




West Ham United ternyata bermain dengan kelas tersendiri apabila mudah membenam Liverpool 3-1 di Upton Park. 3 jaringan yang dijaringkan oleh West Ham jelas membuka mata Brendan Rodgers kerana kesilapan demi kesilapan yang jelas dapat dilihat dalam perlawanan ini.

Ini merupakan kekalahan ke-3 Liverpool pada musim ini

Malam yang malang buat peminat The Reds ini apabila West Ham membuka jaringan melalui set piece yang disudahkan oleh Winston Reid. Liverpool ditimpa malang kedua apabila Diafra Sakho menjaringkan gol dengan chipping yang cantik menewaskan Mignolet.

Liverpool pula menjaringkan gol untuk merapatkan jurang dengan Raheem Sterling merembat bola hasil pantulan bola daripada sepakan Mario Balotelli. Jaringan tersebut jelas meyakinkan Brendan Rodgers untuk merapatkan jurang dengan The Hammers ketika ini.

Namun, Morgan Amalfitano melenyapkan impian Liverpool untuk berkongsi mata apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88 hasil hantaran cantik Stewart Downing.


Dalam game ni, apa yang aku boleh highlight ada 3 perkara, Stewart Downing, Simon Mignolet, dan corak bertahan Liverpool.

Simon Mignolet membuat beberapa kesilapan besar yang memakan diri. Melalui gol pertama dan kedu West Ham Mignolet jelas tidak begitu aware dengan opposition dan membuat decision error dengan berada dalam kedudukan yang tidak sepatutnya. Tengok la macam mana Diafra Sakho chip bola tu, cantik ja lepas masuk gol.

Gol ketiga West Ham pun berpunca dari defend. Lucas Leiva yang dikeluarkan Rodgers memang memakan diri sebab Liverpool tiada CDM yang berada di kawasan clearance ball Mamadou Sakho. Gerrard pula lambat untuk track back dan defend Liverpool dipecahkan oleh gerakan Downing dan Amalfitano.

Untuk Stewart Downing, sememangnya Man of the Match. Passing, decision making yang ada memang terbaik. Liverpool sepatutnya guna Downing ni dulu sebab dia la sumber assist terbaik. Namun apakan daya, masa tak akan kembali. huhuhu~

Sedikit recaps dari perlawanan ini:

Winston Reid tanpa marking menjaringkan gol

Diaffra Sakho menjaringkan gol

Rahemm Sterling merapatkan defisit gol

Amalfitano memastikan kemenangan bergaya West Ham United dengan gol ke-3.

-bergkamp-
-sumber gambar: BBC sport-




Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget