Friday, September 26, 2014

Please Come Home Ronaldo - Rintihan peminat Man United


Menurut sumber dari Real Madrid, kelab itu akan menjual Ronaldo selepas tamat musim 2014/15 ini. Ini berikutan dari kurangnya persefahaman antara Ronaldo dan pengurus kelab itu, Carlos Ancelotti.

Ronaldo sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk kembali ke Old Trafford suatu hari nanti. Namun dengan hubungannya di Real Madrid yang tidak menyenangkan, kemungkinan Ronaldo akan kembali ke Old Trafford dalam masa terdekat.


Namun, Man United terpaksa mengeluarkan belanja yang besar terhadap bekas superstar mereka ini. United perlu berbelanja sekitar £140 juta. Bukan itu sahaja, malah United perlu menawarkan gaji tidak kurang dari £385,000 seminggu.

Dengan kehadiran Loius van Gaal, untuk membawa pulang Ronaldo adalah sesuatu yang tidak mustahil. Ini berikutan beberapa pemain yang di beli dengan harga yang tinggi pada jendela perpindahan yang lalu.


Peminat Man United sememangnya mengharapkan kembalinya Ronaldo ke Old Trafford kerana bintang yang di sayangi ini telah banyak membantu United memenangi pelbagai gelaran. 

Dan dengan prestasi United pada awal musim ini yang sangat buruk, sesuatu perlu di lakukan oleh Louis van Gaal bagi meneruskan legasi Alex Furgeson yang telah pudar semenjak di ambil alih oleh David Moyes.



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget