Saturday, September 27, 2014

Merseyside Derby dan North London Derby Penghibur Hari Sabtu anda!





Buat peminat-peminat bola sepak sekalian, perlawanan bola sepak pada hari ini agak menarik kerana 2 pasangan jiran yang merupakan seteru utama akan bertembung daam perlawanan EPL hari ini. Fokus kali ini mungkin akan ditujukan kepada Merseyside Derby, iaitu Liverpool vs Everton pada 7.45 malam ini.

Derby yang berlangsung di Anfield kali ini merupakan yang pertama buat Roberto Martinez selaku pengendali Everton dan sudah semestinya Martinez mahu mencipta kejutan dengan memenangi perlawanan hari ini.



Romelu Lukaku dan Mario Balotelli sudah pasti akan menjadi sandaran Rodgers dan Martinez untuk merobek gawang dan 2 target man ini akan menjadi fokus untuk malam ini:




Satu lagi perlawanan, iaitu antara Arsenal vs Tottenham akan berlangsung lewat sedikit iaitu pada pukul 12.30 pagi Ahad. Ini juga merupakan perlawanan Derby pertama Mauricio Pochettino selaku pengendali Spur.

Pochettino pasti mengharapkan sentuhan Christian Eriksen dalam perlawanan kali ini, manakala Arsenal sudah semestinya akan mengharapkan sentuhan Mesut Ozil selaku no 10 paling utama dalam pasukan untuk mencipta kejutan, sama seperti perlawanan menentang Aston Villa tempoh hari:



Derby yang menarik ini pasti akan memenuhkan kedai mamak berhampiran. Buat peminat fantasy EPL, siapakah yang akan anda pilih? BUat lah pilihan yang tepat. hehehe~

-bergkamp-

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget