Cabaran ALS Ice
Bucket Challange telah menjadi viral dengan semua orang tidak kira
selebriti, bukan selebriti, orang kebanyakan dan terbaru menteri juga terlibat.
Apa sebenarnya cabaran
ini?
Bagi mereka yang tidak
pernah atau belum tahu lagi ALS Ice Bucket Challange sebenarnya
adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada umum tentang penyakit amyotrophic
sklerosis lateral (ALS) atau lebih dikenali sebagai Penyakit Lou
Gehrig.
Penyakit ini juga di
kenali sebagai Motor Neuron Disease yang mana menyebabkan
otot-otot badan gagal berfungsi dengan baik dan mengakibatkan pesakit mengalami
kesukaran untuk bercakap, menelan, bernafas dan aktiviti yang melibatkan
otot.
Siapakah yang memulakan
cabaran ini?
Cabaran ini mula
terkenal pada tahun 2013 di mana ia di mulakan di sebelah utara Amerika
Syarikat. Pada ketika itu, ia di kenali sebagai "Cold Water
Challenge" yang mana ais akan di tuang ke kepala seseorang untuk
mengutip derma bagi kegunaan pesakit kanser.
Setelah video ini mula
tersebar, ia di perkenalkan di televisyen di Amerika Syarikat
menerusi satu slot yang di kenali sebagai Morning Drive. Ia
kemudiannya menjadi lebih popular apabila pemain golf, Chris Kennedy mula
mencabar sepupunya yang mana suami kepada sepupunya mengalami penyakit ALS ini
dan mula menjadi viral.
Bagaimana cabaran ini di
lakukan?
Cabaran ini
mengkehendaki seseorang untuk menuang ais di dalam baldi ke kepalanya dan
menamakan orang lain untuk menyahut cabaran ini.
Mereka yang telah di
cabar tadi akan membuat perkara yang sama dalam masa 24 jam dan mendermakan
sebanyak $10 atau nilai bersamaan ais di dalam baldi kepada persatuan ALS.
Jika orang itu menolak, dia perlu menderma sebanyak $100.
Siapa yang telah
terlibat?
Chris Pratt,Anna Wintour, David Beckham, Cheryl Cole, George
Bush, Lady Gaga, Mark Zuckerberg, Justin Bieber, Oprah, Bill
Gates, Darren Fletcher, John Terry, Marcelo dan ramai lagi.
Obama juga telah di
cabar oleh Ethel Kennedy, namun menolaknya dan mendermakan $100.
Di Malaysia, Menteri Belia
dan Sukan, Khairi Jamaludin telah menyahut cabaran ini dan menamakan Datuk
Nicol dan Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Rahman Dahlan dan juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
p/s: Siapa dekat sini berani buat??!! Jom kita try test
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop