Gol daripada pasukan LionsXII menimbulkan tanda tanya apakah sah gol tersebut kerana bola tersebut terkena linesman dan melantun kembali ke dalam padang. Ada yang kata bola tersebut out dan gol tidak sah, manakala ada juga yang berpendapat gol tersebut sah.
Untuk persoalan ini, aku sempat la rujuk Law yang kebanyakan peminat bola sepak ni post dalam facebook:
Untuk itu, sila tengok arah bola ini pergi mengikut sequence:
Bola ditanduk keluar |
Bola menuju ke arah linesman. Linesman berada betul-betul atas line |
Dush!!, Bola terkena linesman. |
Bola melantun kembali ke dalam padang. Bendera seperti diangkat namun... |
Bendera dijatuhkkan kembali oleh linesman ini |
Assistant referee memang adalah sebahagian daripada perlawanan, namun bila tengok linesman ni, kedudukan dia macam betul-betul atas line. Adakah kedudukan linesman betul-betul di situ atau di luar line?
Terdapat perbalahan yang mengatakan bukankah hanya referee sahaja yang valid untuk berada di atas padang? Waaupun linesman adalah sebahagian daripada permainan tetapi kedudukannya yang berada 'bukan' di luar padang (atas line) seperti agak mengundang kontroversi di situ.
Akibat daripada insiden ini, LionsXII memperoleh gol pada minit ke-94 hanya kerana pemain-pemain Pahang yang keliru atau confused dengan keputusan pengadil.
Setelah diperinci, gol LionXII itu dikira sah. Bagi kami di stylo sport, kami berlepas tangan dalam hal ini dan hanya boleh berkata PLAY TO THE WISEL. Itu saja.
-bergkamp-
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop