Monday, August 18, 2014

Different manager, same story



Berikutan kekalahan mengejut Manchester United ke atas Swansea City, Louis Van Gaal dikritik hebat berikutan pemilihan 1st team yang tidak begitu meyakinkan.

Van Gaal yang memulakan pre-season dengan kemenangan demi kemenangan tidak mampu menerima kenyataan apabila kalah di tangan Swansea ini. Dengarnya, Van Gaal telah memulakan aktiviti mencari pemain baru untuk saat akhir ini.

Secara jujurnya aku tengok game ni pun memang expect United menang, tapi sekali kalah pulak. Jatuh point fantasy. Tapi point fantasy tu tak kisah sangat, tapi yang dikisahkan kali ni adalah prestasi pemain. Nampak sangat ada kurang di situ. Penguasaan central area memang banyak, tapi tiada killer pass yang menarik. Walaupun menguasai perlawanan, bahagian tengah United macam ada sesuatu yang 'hilang'. Memang macam tak lengkap team United kali ni.

Memang terasa jugak la United selepas Nemanja Vidic keluar. Smalling masih tak begitu matang dalam marking. Bila kena counter tak ter'cover' pulak ruang-ruang yang terbuka. Gol pertama Swansea adalah bukti terbaik. Free kick di kawasan Swansea sepatutnya boleh convert buat gol kalau Vidic ada. Heading, roughness dan bravery yang ada dekat Vidic memang tak ada pada Smalling dan Jones.

Swansea pula tahu yang bermain di Old Trafford bukan mudah. Hanya counter saja yang boleh dilakukan. Hasilnya, 2 counterattack, 2 goals. Berbaloi training counterattack semata-mata untuk lawan United. Sigurdsson yang dilepaskan oleh Spurs memang antara midfield yang berbaloi untuk dimiliki.

Ramai yang kata badi Moyes ada lagi di Manchester United ni. Tapi ni baru 1st game, ada lagi 37 game lagi United boleh menang. Jadi, sabar saja penyokong United sekalian. Musim 2014-2015 baru bermula.

-bergkamp-


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget