Penyerang Liverpool dan juga penyerang sensasi Uruguay akan terlepas semua perlawanan Piala Dunia dan berkemungkinan terlepas 9 perlawanan Liverpool di awal musim hasil usaha gigihnya menggigit Chiellini tempoh hari.
Luis Suarez yang kini berusia 27 tahun secara langsung memegang rekod terhebat FIFA daripada segi jumlah pengharaman untuk bermain bola sepak. Rekod terdahulu dipegang oleh pemain Itali, Mauro Tassotti yang pernah diharamkan untuk bermain bola sepak kerana menyiku Luis Enrique pada tahun 1994. Mauro ketika itu berhadapan dengan hukuman sebanyak 8 perlawanan sahaja. Jika hendak dibandingkan dengan Suarez, 9 perlawanan bersama Uruguay dan 9 perlawanan bersama Liverpool (bangang pulak Suarez nie..adooi...), maka jumlah kesemua perlawanan adalah 18 perlawanan. Dan ini sangat-sangat membanggakan aku.
Suarez juga didenda sebanyak 100,000 Swiss francs bersamaan £65,680 bersamaan Ringgit Malaysia RM 359,555.09.
OK. Hukuman sudahpun dijatuhkan, tetapi Uruguay boleh membuat rayuan dalam masa 3 hari dari tarikh hukuman dijatuhkan. Tapi bagi aku, Suarez dah tersingkir daripada Piala Dunia 2014 walaupun Uruguay masih lagi layak ke pusingan kalah mati. Walaupun rayuan akan dilakukan, mungkin Suarez dapat bermain untuk perlawanan akhir Uruguay menentang Perancis di Final nanti. itupun kalau Uruguay masuk final lah, tapi Perancis nampak macam dah pasti ke final.
Bagi rayuan untuk bermain dengan kelab Liverpool pula, aku nampak yang Suarez berkemungkinan perlepasan untuk 4 ke 5 perlawanan yang mana dia masih terpaksa didenda untuk perlawanan pembukaan musim Liverpool.
Daripada sudut pandangan positif pulak, aku berasa lega kerana Suarez mengigit Chiellini kerana berkemungkinan besar, Barcelona akan menarik balik bidaan untuk mebeli Suarez. Dan bukan sahaja Barca, mungkin juga kelab-kelab lain tidak akan membeli Suarez. Dan ini adalah bagus untuk kelab Liverpool.
Apapun, terima kasih Suarez kerana sudi untuk berkhidmat untuk Liverpool lagi,..
Hahahhaha
-luis Garcia-