Tuesday, June 3, 2014

Miroslav Klose, penyerang tunggal Jerman.

Jerman hanya membariskan seorang penyerang sahaja dalam menghadapi Piala Dunia 2014 di Brazil nanti. Keputusan ini telahpun diputuskan oleh jurulatih Jerman, Joachim Low dalam membariskan 23 pemain terakhir untuk dibawa ke Brazil

Sungguhpun Jerman mempunyai ramai pelapis penyerang untuk diserapkan dalam skuad Jerman, namun masalah kecederaan sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan akhir Joachim Low dengan menempatkan penyerang veteran Miroslav Klose yang kini berumur 35 tahun.

Walaupun Klose dilihat agak berumur dalam membarisi skuad Jerman, namun rekod beliau diperingkat kelab dan antarabangsa tidak boleh diendahkan. Dengan penampilan sebanyak 168 cap, Klose berjaya menjaringkan 68 gol. Rekod Klose di Piala Dunia juga amat memberangsangkan. Semenjak menyertai pasukan Jerman dari tahun 2001, Klose berjaya menempatkan diri antara lagenda Jerman dengan rekod-rekod peribadi yang hebat.
  • FIFA World Cup All-Star Team: 2002, 2006
  • FIFA World Cup 2002 Man of the Match: Germany vs Saudi Arabia
  • FIFA World Cup 2002 Man of the Match: Germany vs Cameroon
  • FIFA World Cup 2006 Man of the Match: Germany vs Costa Rica
  • FIFA World Cup 2006 Man of the Match: Germany vs Sweden
  • FIFA World Cup Silver Shoe: 2002
  • FIFA World Cup Golden Shoe: 2006
Walaupun Jerman hanya mengunakan seorang penyerang, namun itu tidak boleh menjadi kayu pengukur kerana jentera serangan Jerman juga tidak boleh dipandang enteng.

-luis Garcia-
Recent Comments Widget