Kontrak Frank Lampard telahpun tamat bersama Chelsea, malah kelab tersebut masih lagi tidak mengemukakan kontrak terbaru kepada pemain midfiled England tersebut.
Dalam masa yang sama, SkySport dilaporkan yang kelab dari Amerika, New York City telahpun membida pemain tersebut untuk dibawa ke kelab tersebut. Kelab tersebut telahpun mendapat persetujuan David Villa, tetapi masih menunggu persetujuan Frank Lampard dalam menyertai liga MLS.
Lampard mengakui yang beliau tidak pasti untuk kelab mana dbeliau akan bermain musim hadapan, walaupun pada dasarnya, beliau dilihat ingin kekal bersama Chelsea.
"Saya tidak pasti ke mana arah tujuan saya selepas ini, dan saya tidak pasti sama ada saya masih bersama Chelsea atau tidak." kata Lampard.
"Sekiranya diberi peluang, saya ingin teruskan untuk bermain bola sepak untuk jangka masa lagi dua ke tiga tahun lagi."
"Saya sebenarnya sudahpun menjangkakan situasi sebegini semenjak umur saya 30tahun. Dan saya bersedia daripada segi mental. Sekiranya ini pengakhiran saya di Chelsea, maka itulah hakikatnya. Sya tiada penyesalan." tambah Frank Lampard mengenai kontraknya yang telah tamat bersama Chelsea.
Namun tiada kenyataan rasmi mengenainya untuk berhijrah ke kelab MLS, New York City.