Wednesday, May 21, 2014

Wang bukan segalanya? Kau nie overdose ker Subahan...

Iyer ker Subahan. Betul ker apa yang kau cakapkan nie. Bukan sebab duit ker sampai sekarang orang-orang lama tak mahu turun dari jawatan FAM?(sumber utusan)

Bagi aku kan Subahan, sebab duitlah FAM masih ditakuk yang lama. Dan iya la, macam kau cakap kan, FAM ini sebenarnya meningkat maju seperti menjadi tuan rumah kongres FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) untuk tahun 2017, Presiden, Sultan Ahmad Shah yang dipilih sebagai Presiden Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Tengku Abdullah yang menjadi Naib Presiden AFC dan Pengerusi Pengelola Kejohanan Piala Asia 2015. Tapi itu semua untuk siapa? Siapa yang dapat nama? Apa yang pasukan Malaysia dapat hasil daripada semua itu?? Lastly, bola sepak Malaysia masih di mana? Ditakuk lama?

Serius, aku dah bosan dengan alasan-alasan FAM macam kau bagi contoh tadi. Alasan yang sekadar hendak memberi tahu yang FAM sedang berkerja. Berkerja untuk mendapatkan nama. Tapi, hasil untuk pasukan Kebangsaan? Kecil sangat.

Sekarang nie kau cakap "Wang buka segalanya". Sandiwara kau memang terbaik la bro... Lepas tue kau cakap pulak sambutan peminat semakin baik pulak... Memang kau dah overdose dah nie. Woi. Jangan merepek lagi boleh tak??

#RombakFAM
#30TahunNeraka

-luis Garcia-
Recent Comments Widget