Itu adalah pendapat peribadi aku. Aku boleh lihat meningkatan yang agak memberangsangkan di MHF (Malaysian Hokey Federation) dan pemain-pemain skuad Malaysia berada dalam kelas yang tersendiri.
Tahniah aku ucapkan kepada MHF dan juga Presiden MHF, Tengku Abdullah. You done a great job there.
Tetapi memandangkan Tengku Abdullah juga berhajat untuk bertanding Presiden FAM, aku nampak sedikit janggal. Mampukah Tengku Abdullah melakukan dua kerja dalam satu masa? Adalah ini sesuatu yang perlu bagi Tengku Abdullah? Banyak persoalan aku di sini.
Aku pasti yang Tengku Abdullah seorang yang berupaya mengalas tugas selaku Presiden FAm jika beliau menang pemilihan nanti, tapi yang menjadi tanda tanya, bagaimana pula dengan MHF? Mungkin Tengku Abdullah memikul tanggungjawab itu sekali gus, dan mungkin juga akan meletakkan jawatan di MHF nanti. Siapa tahu kan.
Apapun Tengku, cadangan patik agar Tengku teruskan kecermelangan Tengku di MHF kerana kami rakyat jelata melihat perubahan yang dibawa Tengku di MHF. Untuk FAM pula, kami rakyat jelata memohon agar TMJ diberi peluang untuk merevolusikan FAM kerana kami tak sanggup melihat skuad bola sepak Malaysia terus tenggelam.
Kalau nak dibandingkan kejayaan skuad bola sepak dengan skuad hoki, bagai langit dan bumi. Sedih. Dan kami pasti, masih ada sinar harapan untuk bola sepak di negara kita yang tercinta ini.
Sekian..
-luis Garcia-