Friday, May 23, 2014

Ultras Malaya: Peminat bola sepak ditipu pengkhianat

Tiba-tiba aku rasa diri ku nie kecil sangat-sangat. Bila aku baca berita di website www.freemalaysiatoday.com, rasanya aku nie masih berlum terdedah dengan perkara-perkara yang sebenarnya menjadi titik tolak gerakan Ultras Malaya. Apapun aku tabik dengan maklumat-maklumat yang mereka perolehi dan mereka selidik.

Lagipun aku masih baru dalam bidang ini. Kalau aku nak ulas pasal apa yang diberitakan dalam web tersebut, rasanya takut akan salah tafsir atau miss guide. So, better korang sendiri baca apa yang diutarakan oleh Ultra Malaya yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today.

Ultras Malaya: Peminat bola sepak ditipu pengkhianat

FMT Staff
May 23, 2014 
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia sememangnya cintakan sukan bola sepak namun sudah ditipu oleh pengkhianat yang menjaja maruah negara untuk kepentingan poket, dakwa kumpulan penyokong tempatan iaitu Ultras Malaya.
Mereka mendakwa rakyat dimomokkan dengan perlawanan-perlawanan ‘sarkas’ di dalam dan luar negara yang bukan sahaja tidak membawa apa-apa makna kepada ranking dunia, malah diragui keputusannya.
“Jalur Gemilang di dada-dada para pemain kebangsaan telah dilelong kepada mana-mana pihak yang menawarkan habuan paling lumayan.
“Budaya-budaya tidak sihat seakan-akan berakar umbi di dalam diri para penghuni bangunan buruk di Kelana Jaya yang digelar Wisma FAM, namun pemimpin tertingginya, dan tidak ketinggalan juga pihak media massa, seolah-olah menutup mata walaupun ia berlaku secara berleluasa di bawah pengetahuan mereka,” kata laman web  www. ultrasmalaya.net.
Berjuta-juta wang rakyat telah lesap dilaburkan ke dalam sukan bola sepak, namun hasilnya tetap kegagalan demi kegagalan, dakwanya lagi.
Ultra Malaya mendedahkan perkara-perkara berikut:
Liga Malaysia
Bagaimanakah pemain-pemain import yang sudah mengalami kecederaan teruk masih boleh menandatangani kontrak dengan pasukan tempatan?
Daripada manakah seorang jurulatih boleh mendapat wang untuk membayar gaji tertunggak para pemain, sedangkan gaji beliau sendiri tertunggak?
Mengapakah beberapa pemain Harimau Muda ‘A’ ditandatangani oleh kelab-kelab luar, hanya untuk dijual kembali kepada kelab-kelab tempatan bagi meraih keuntungan segera ‘atas angin’?
Jelajah Slovakia Harimau Muda ‘A’ 2010
Siapakah yang mempengaruhi kelab RU Sport Podbrezova untuk menarik diri daripada liga Slovakia, seterusnya membuka peluang untuk penyertaan pasukan Harimau Muda ‘A’?
Mengapakah Setiausaha Agung FAM ketika itu tidak mahu mendedahkan sebab mengapa ketua jurulatih, pembantu jurulatih dan jurulatih penjaga gol meletakkan jawatan mereka?
Apakah peranan Miroslav Bozik dalam jelajah ini?
Jelajah Australia Harimau Muda ‘A’ 2013
Adakah benar syarikat penganjur hanya ‘memancing’ dengan menyenaraikan nama pasukan profesional bertaraf A-League iaitu Brisbane Roar bagi menarik minat Harimau Muda ‘A’ menjelajah Australia untuk bermain menentang kelab-kelab semi-pro daripada liga bawahan?
Mengapakah apabila kelab Brisbane Roar ‘membatalkan perlawanan’ dengan Harimau Muda ‘A’, surat penjelasan yang diterima bukan daripada kelab Brisbane Roar tetapi daripada ‘pengarah teknikal’ Football Queensland iaitu Gary Phillips, bekas jurulatih Sabah tahun 2010-2012? Apakah peranan ‘pengarah teknikal’ berkenaan dalam penganjuran jelajah ini?
Bagaimanakah Setiausaha Agung FAM ketika itu boleh senang-lenang menerima surat penjelasan tersebut tanpa mengambil apa-apa tindakan terhadap syarikat penganjur?
Jelajah Australia Harimau Malaya 2013
Bagaimanakah sebuah pasukan semi-pro seperti Marconi Stallions boleh membatalkan perlawanan yang telah dijadualkan dengan pasukan Malaysia yang bertaraf kebangsaan pada 11 Jun 2013, dan kemudian mengadakannya semula pada 13 Jun 2013? Adakah pasukan bertaraf kebangsaan seperti Malaysia tiada maruah?
Jelajah Asia Barcelona 2013
Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Siapakah ejen perlawanan yang membawa masuk pasukan Barcelona ke Malaysia?
Mengapakah Setiausaha Agung FAM ketika itu enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan tersebut?
Bagaimanakah Miroslav Bozik yang pernah disyaki terlibat dengan skandal rasuah 1994 boleh menjadi salah satu antara hanya tiga ejen perlawanan di Malaysia yang berdaftar dengan FIFA?
Recent Comments Widget