Friday, May 23, 2014

Kaji selidik "Calon Presiden FAM pilihan anda.." telah diganggu...

Untuk pengetahuan semua, kaji selidik tersebut telah dilakukan 10 hari sebelum pemilihan Kongres FAM 25 Mei ini. Dan dalam masa itu, kajian tersebut mendapat ramai respon daripada peminat bola sepak tanah air.  

Tapi sayangnya, semalam aku tengok, kajian tersebut tiba-tiba tidak berfungsi dan jumlah undian menjadi kosong.

Aku pada mulanya terkejut. Kenapa boleh jadi macam ini. Aku tak mahu menuding jari kepada sesiapa yang menyebabkan perkara ini berlaku, tetapi realitinya, ia telah berlaku. Aku kurang pasti sama ada gangguan tersebut disebabkan HACKING atau REPORTING kepada Blogspot. Aku ada bertanya kepada otai-otai blogger, namun mereka pun kurang pasti kenapa ia berlaku. Adakah kaji selidik aku nie begitu sensitif??

Agaknya la kan...

Huhuhuhu...

Kalau korang nak tahu, sebelum undian tersebut rosak atau corrupt , TMJ telah mendahului senarai pilihan sebagai Calon Presiden FAM dengan peratusan sebanyak 67%. Diikuti dengan Tengku Abdullah dan yang terakhir Sultan Ahmad.

Kalau perkara ini pun ada yang tak berpuas hati dengan kaji selidik ini, aku tak tahu la nanti pemilihan pada 25 Mei nanti. Dan aku berharap, akan berlaku perubahan yang diidam-idamkan seluruh peminat bola sepak Malaysia.

InsyaAllah...
....

Dengan ini Stylo Sport menutup kaji  selidik "Calon Presiden FAM pilihan anda.." daripada terus bersiaran.


-luis Garcia-
Recent Comments Widget