Torres, Aguero, Forlan, Falcao, Villa, Costa... Legasi penyerang Atletico Madrid. |
Legasi penyerang Atletico Madrid nie aku tengok tak penah berkurang. Yang pasti, semakin lama, semakin menarik. Kalau kita tengok setelah pemergian Torres ke Liverpool pada tahun 2006, Atletico tidak lagi memandang ke belakang. Malah mereka berjaya merekrut penyerang-penyerang yang lebih berwibawa untuk menyambung legasi A. Madrid dan mereka berjaya.
Dari Torres, kemudian Aguero dan Forlan. Selepas ini Falcao, dan kini Villa dan penyerang sensai terkini, Diego Costa. berita perkhabaran Costa untuk berpindah sudahpun menjadi viral di media-media antarabangsa. Namun pemerhati tidak melihat ini merupakan perkara yang negatif tetapi mereka ternanti-nanti siapa pula akan bersinar selepas Costa di A. Madrid.
Kalau nak dikira rekod-rekod yang dicatatkan oleh penyerang-penyerang profilik ini, boleh dikatakan mengagumkan juga. Apapun untuk penyerang terkini Atletico, untuk musim akan datang masih lagi samar-samar. Dan Costa dilihat berkemungkinan besar akan berpindah.
Aku sekarang dah tak sabar-sabar nak tunggu musim depan.
Hehehehhe...
Fernando Torres ( 2001-07) -214 perlawanan, 84 gol
Sergio Aguero (2006-11) - 199 perlawanan, 83 gol
Diego Forlan (2007-11) - 66 perlawanan, 19 gol
Radamel Falcao (2011-13) - 86 perlawanan, 68 gol
Diego Costa (2010-) 100 - perlawanan, 53 goals
David Villa (right, 2013-) - 39 perlawanan, 13 gol