Wednesday, May 28, 2014

SULTAN PERAK, SULTAN AZLAN SHAH MANGKAT.

Kami di Stylo Sport mengucapkan takziah atas kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tengah hari tadi. Semoga roh baginda dilimpahi rahmat dari Allah SWT.

Takziah diucapkan. Al Fatihah..

Sultan Perak Sultan Azlan Shah mangkat pada jam 1.30 petang hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh menteri besar Datuk Seri Zambry Abd Khadir secara langsung di RTM hari ini.

Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.

Semua hiburan dan keraian ditanggguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari esok sebagai tanda berkabung.

Jenazah almarhum akan dibawa ke Istana Kuala Kangsar esok pagi dan akan dimakamkan selepas asar.

Sumber : Omak Kau
Recent Comments Widget