Hari ini, admin ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca sekalian mengenai negara kuasa bola sepak baru yang telah memecah monopoli pasukan-pasukan Amerika Selatan, iaitu Ecuador. Ecuador yang dilatih oleh Reinaldo Rueda ini pernah mengalahkan Uruguay semasa peringkat kelayakan piala dunia, yang menyaksikan Ecuador menduduki tangga ke-4 sekaligus layak ke piala dunia.
Ecuador menerapkan ciri-ciri serangan pantas dan menekankan corak pertahanan man to man, yang mana stamina memainkan peranan yang penting. Ecuador juga pernah bermain di altitude yang tinggi, yang mana stamin mereka diuji dan menjadikan mereka dapat menyesuaikan diri dimana sahaja.
Ecuador berada di kumpulan E, bersama Switzerland, France dan Honduras. Tidak mustahil untuk Ecuador menghasilkan 'upset' dalam peringkat kumpulan kerana mereka juga terkenal sebagai 'pemburu senyap'. Untuk France, Switzerland dan Honduras, mereka wajar berhati-hati dengan persembahan Ecuador kali ini.
Ecuador digerakkan dengan serangan pantas dari winger mereka, terutamanya Antonio Valencia. Dengan crossing dan speed yang ternyata dapat menewaskan lawan dengan mudah, Ecuador perlu menggunakanValencia sebaik mungkin. Pengalaman Valencia di EPL merupakan senjata utamanya, dan Reinaldo Rueda pasti mempunyai perancangan yang baik untuk memaksimumkan kebolehan Valencia.
Apa-apa pun, Ecuador perlu berbangga, kerana dapat ke piala dunia bersaing dengan negara-negara besar yang lain. Jika kalah sekalipun, Ecuador tidak perlu malu, kerana mereka ada kualiti yang baik dan boleh memberikan saingan.
-bergkamp-