Sergio 'Kun' Aguero menegaskan bahawa beliau tetap mahu diturunkan pada perlawanan akhir EPL menentang West Ham United biarpun sedang berdepan masalah kecederaan.
Aguero yang merupakan antara penjaring terbanyak Manchester City ketika ini dikatakan bergelut untuk kembali cergas dalam perlawanan akhir ini. Aguero tidak begitu menonjol dalam EPL musim ini kerana dilanda kecederaan, dan kebanyakan goal Manchester City disumbangkan oleh Yaya Toure yang begitu cemerlang.
Super Duper Sunday pada ahad ini pasti menarik kerana Manchester City bakal melebarkan sayap untuk muncul juara EPL buat kali kedua dalam tempoh 3 tahun.
Aguero yang menjaringkan goal dramatic ketika bertemu QPR 2 tahun lalu, menegaskan bahawa kali ini beliau mahu menjadikan hari yang bermakna itu berulang kembali pada hari Ahad ini.
Pellegrini dalam temu ramah berkata, ''kesemua pemain saya cergas sepenuhnya menjelang perlawanan akhir EPL ini. Ia penting bagi saya sebagai seorang pengurus untuk memilih pemain dan mengatur strategi''.
Detik game terakhir ni pasti menarik. Manchester City 95% akan menjadi juara EPL bagi admin. Namun, West Ham United bukan pasukan picisan. Pasti ada sesuatu yang akan dilakukan oleh Big Sam untuk cuba menjadikan game kali ini sebagai 'upset' terhebat. Siapa tahu kan? Bola itu bulat~
-bergkamp-