Skuad Jerman adalah pembuka post untuk stylosport kali ini. Skuad yang rata-ratanya adalah bakat-bakat muda yang menonjol merupakan antara pilihan untuk menjuarai piala dunia tahun ini. Jerman pasti akan bertandang ke Brazil dengan semangat baru setelah mereka kecewa pada temasya piala dunia yang lepas.
Skuad kendalian Joachim Loew ini sememangnya menarik perhatian dunia. Boleh dikatakan kesemua posisi mempunyai star player masing-masing. Pastinya Joachim Loew berasa sedikit lega kerana mempunyai kesebelasan utama dan backup yang cukup bagus untuk temasya kali ini. Jerman kali ini adalah sangat berbahaya, dan pastinya kebanyakan negara akan mengelak untuk bertemu dengan mereka.
Dengan menekankan corak menyerang, Jerman ternyata tiada masalah untuk menghasilkan gol walaupun mereka ketandusan penyerang. Miroslav Klose berkemungkinan akan dapat menyarung jersi Jerman dan Joachim Loew pasti mahukan sentuhan berbisanya jika Klose dipilih. Namun, pemain tengah mereka sememangnya mencuri tumpuan. Dengan adanya Mesut Ozil, Thomas Muller, Marco Reus, Mario Goetze, Toni Kroos, Bastian Schweinsteiger dan Andre Schurrle, Jerman dilihat mempunyai banyak option untuk menyerang melalui pemain midfield mereka.
Bagi admin, Thomas Muller adalah key player pada temasya piala dunia kali ini. Muller mempunyai rekod jaringan yang baik, sama ada di Bundesliga dan untuk Jerman. Pemain yang semakin matang ini dilihat lmenjadi sandaran kerana keupayaannya mencari ruang dengan larian menarik dan mampu menjaringkan gol. Namun, Muller dilihat berfungsi lebih kepada attacking midfielder berbanding penyerang. Finishing beliau juga sangat tepat, meskipun kadang-kadang dilihat agak clumsy di hadapan gol.
Untuk Jerman, cabaran mungkin akan datang dengan perlawanan peringkat kumpulan bertemu Portugal. Dengan kelebihan dari segi keupayaan seluruh pasukan, Jerman dilihat akan layak menjadi johan kumpulan berbanding Portugal.
-bergkamp-