Friday, May 30, 2014

Lambert milik Liverpool


Akhirnya Liverpool melengkapkan perpindahan bintang Southampton yang berusia 32 tahun ini dengan nilai £4juta berserta syarat tambahan.

Rickie Lambert ternyata gembira dapat merealisasikan impiannya untuk menyarung jersi pasukan kegemarannya yang mana dia pernah mewakili Liverpool semasa berusia 11 tahun.



Antara yang terawal berkata mengenai perpindahan ini ialah bekas pemain pasukan England dan juga pengulas sukan, Gary Linekar.


Sepanjang bersama Southampton, Lambert telah bermain sebanyak 235 perlawanan dan menjaringkan 117 gol. Pada musim lepas dia telah bermain sebanyak 39 perlawanan dan mencetak 14 gol.

Liverpool kini sedang berunding dengan pemain tengah Southampton, Adam Lallana yang bakal mengikuti langkah Lambert.
Recent Comments Widget