Saturday, May 31, 2014

Pick of The Day: France



Fokus untuk Pick of The Day kali ini akan beralih kepada skuad France atau dikenali sebagai Les Bleus. Skuad France kali ini dijangka bakal tiba di Brazil dengan harapan untuk memperbaiki mutu persembahan di peringkat antarabangsa yang dikatakan semakin menurun setelah ketiadaan legend Zinedine Zidane.


Didier Deschamps kali ini dilihat lebih fokus kepada teamwork untuk skuad France kali ini. Walaupun France kelihatan seperti agak vulnerable terutamanya di bahagian pertahanan, namun Deschamps tetap dengan pendirian beliau, iaitu membentuk pasukan yang berasaskan kepada semangat berpasukan. Baginya lagi, bermain secara perseorangan adalah salah satu taktik yang merugikan pasukan, dan perubahan mesti dilakukan demi matlamat untuk mara sejauh mungkin di piala dunia kali ini.

France XI2 France: World Cup 2014 Team Preview

Dengan tidak menyenaraikan Samir Nasri ke skuad France, Deschamps tampak yakin dengan kehadiran Mathiue Valbuena di bahagian sayap. Terdapat desas desus yang menyatakan Deschamps tidak berfikiran terbuka apabila tidak memasukkan Nasri ke skuad piala dunia namun, Deschamps tetap dengan pendiriannya. Pandangannya terhadap Nasri tetap tidak berubah meskipun Nasri bermain dengan begitu cemerlang bersama Manchester City musim ini.

world cup draw fifa Guide to All 32 FIFA World Cup 2014 Teams: Key Players, Predicted Line Ups & More

France bakal menghadapi Switzerland, Ecuador dan Honduras dan para pemerhati bolasepak menjangkakan France akan menjadi johan kumpulan E sekiranya Franck Ribery menjadi tonggak serangan France. Ribery yang akan bermain pada piala dunia yang terakhir ini diberikan tugas untuk mengemudi serangan dan admin yakin, dengan kebolehannya di peringkat kelab dan pentas antarabangsa, Ribery mampu memberikan sumbangan kepada negaranya.

Ribery XI 600x375 France: World Cup 2014 Team Preview

-bergkamp-
Recent Comments Widget