Thursday, May 29, 2014

Pick of The Day: England



Kali ini, admin ingin mengupas sedikit sebanyak mengenai pasukan England, yang merupakan antara pasukan favorite untuk piala dunia kali ini. Pasukan England yang dilatih oleh Roy Hogdson kali ini banyak menimbulkan tanda tanya, apakah beliau akan berjaya memenuhi permintaan rakyat England untuk menjadi juara kali ini.


Skuad 'The 3 Lions' kali ini dipilih melalui persembahan mereka di EPL, yang mana pemilihan pemain kali ini lebih terbuka dan tidak ke arah favorite man. Roy Hodgson memilih pemain muda seperti Ross Barkley dan Raheem Sterling yang begitu menyerlah pada musim ini. Percaturan Roy Hodgson kali ini dilihat seimbang, yang mana pemain-pemain berpengalaman seperti Steven Gerrard bakal memimpin pemain-pemain muda di dalam padang.

England XI England: World Cup 2014 Team Preview

England dilihat berada dalam kumpulan maut, iaitu bersama Uruguay dan Italy. Dua negara yang merupakan kuasa besar bolasepak ini pasti tidak akan membiarkan England mara begitu sahaja. Sudah semestinya tekanan yang besar dihadapi oleh Roy Hodgson kerana Uruguay dan Italy akan datang ke Brazil dengan reputasi yang lebih tinggi berbanding England.

world cup draw fifa Guide to All 32 FIFA World Cup 2014 Teams: Key Players, Predicted Line Ups & More

Untuk key player pula, England masih perlu mengharapkan Wayne Rooney sebagai mesin gol. Rooney kali ini memainkan watak penting untuk menjaringkan gol kerana England kekurangan striker yang berkualiti. Nak harapkan Welbeck? Jangan harap la. Rooney masih lagirelevan untuk menjaringkan gol meskipun fungsinya di Manchester United musim ini lebih kepada attacking midfielder.

Rooney Key 600x425 England: World Cup 2014 Team Preview

Secara jujurnya, admin tak harap sangat England melepasi peringkat kumpulan. Italy dengan Uruguay adalah pilihan admin untuk kumpulan D. Tapi, apa-apa pun boleh berlaku dalam bola sepak. Bola itu kan bulat? Hehehe~

-bergkamp-
Recent Comments Widget