Thursday, May 29, 2014

Atletico Madrid kelab bermasalah.


Atletico Madrid dijangka akan menghadapi masalah yang besar apabila ramai antara pemain-pemain mereka bakal mengakhiri kontrak. Bukan itu sahaja, Atletico juga perlu bersedia untuk melepaskan pemain star mereka terutamanya Diego Costa dan Thibault Courtois.

Thibault Courtois bakal kembali ke Chelsea setelah berada di Atletico selama 3 musim secara pinjaman dan bakal menjadi pilihan pertama Jose Mourinho untuk musim hadapan. Persembahan Courtois yang begitu cemerlang membuatkan Mourinho berkeinginan untuk memanggil balik Courtois untuk menggantikan Petr Cech yang tidak begitu konsisten dan backup keeper Hilario yang menjadi agen bebas akhir musim ini.


Bukan itu sahaja, penyerang Atletico Madrid, David Villa, pemain tengah Jose Soa, Tiago Mendes, Cristian Rodriguez dan Diego Ribas termasuk penjaga gol Daniel Aranzubia, kesemua mereka akan tamat kontrak pada musim ini dan kesemua mereka bakal berhijrah.

Diego Costa juga bakal berhijrah ke Chelsea dengan kemungkinan harga sebanyak 32 juta pound. Atletico juga berkemungkinan besar akan melepaskan Adrian Lopez, Koke, Mario Suarez, Filipe Luis, Godin dan Miranda jika harga yang di'offer' adalah besar.


Diego Simeone perlu berfikir panjang untuk melepaskan pemain-pemain yang rata-ratanya diburu kelab-kelab besar dunia. Pandai buat duit Atletico ni. Untung gila punya. Hehe~

-bergkamp-
Recent Comments Widget