Australia, atau dikenali sebagai Socceroos membuat kejutan berganda apabila layak untuk ke piala dunia kali ini. Walaubagaimanapun, Australia terpaksa berhempas pulas sehingga minit ke-83 menerusi John Kennedy semasa Qualifying Round bertemu Iraq yang menyaksikan mereka layak ke Brazil.
Ketua jurulatih Australia, Ange Postecoglou telah menggantikan Holger Osieck walaupun Osieck berjaya membawa Socceroos ke Brazil. Osieck dipecat daripada menjadi ketua jurulatih kerana keputusan perlawanan persahabatan yang menyaksikan Australia dibelasah 6-0 oleh Brazil dan France. Keputusan tersebut amat pahit buat FFA (Federation Football Australia) dan Osieck dipecat pada bulan Oktober.
Untuk Postecoglu, hanya satu sahaja misi beliau, iaitu mengelakkan dari dimalukan pasukan-pasukan lain. Mana taknya, satu kumpulan dengan Belanda, Spain dan Chile. Group of Death. Memang kena getah la. Admin rasa memang susah nak beat pasukan Spain dengan Belanda, tapi sekurang-kurangnya boleh memberi saingan kepada pasukan Chile, itu pun dah kira ok dah. Tapi Chile kuat jugak ooooo~
Untuk key player, sudah semestinya disandarkan kepada marksman Tim Cahill. Midfielder New York Red Bulls ini pasti mahu all out untuk piala dunia kali ini sebab kemungkinan besar ini adalah kejohanan yang terakhir untuknya sebelum bersara dalam arena bolasepak antarabangsa. Walaupun bermain di posisi midfielder, tandukan Tim Cahill sememangnya diingati oleh peminat bola sepak Everton. Tandukannya amat berbahaya dan 80% daripada gol yang dijaringkannya adalah melalui tandukan. Postecoglou pasti mahukan Tim Cahill untuk mengemudi jentera tengah Australia di Brazil nanti.
Adakah Australia bakal membuat kejutan? Sama-samalah kita tunggu dah lihat nanti. Buat skuad Socceroos, selamat maju jaya, khasnya dari krew Stylosport. Hehe.
-bergkamp-