Bila sebut Argentina, terdetik dalam pemikiran kita, iaitu Lionel Messi. Sudah semestinya budak kecil berkaki ligat ini menjadi icon bolasepak Argentina dan dunia menantikan persembahan menariknya di pentas antarabangsa ini.
Argentina boleh dianggap pasukan favorite untuk memenangi piala dunia kali ini. Jika nak dibincangkan mengenai star player, memang agak susah nak fokus pada seseorang sebab ramai yang star sebenarnya. Lionel Messi, Sergio Kun Aguero, Angel Di Maria, Gonzalo Higuain dan Ezequiel Lavezzi sememangnya merupakan antara strikeforce terbaik dalam piala dunia kali ini.
Yang admin pasti, ketua jurulatih Argentina, Alejandro Sabella pasti akan pening untuk setup attacking force sebab kesemua mereka adalah terbaik untuk serangan. Tidak tertumpu hanya kepada serangan semata-mata, Sabella juga pasti pening untuk setup pertahanan kerana kurangnya pemain pertahanan yang berpengalaman selepas ketiadaan Javier Zanetti yang telah bersara dari arena bolasepak.
-bergkamp-