Thursday, May 22, 2014

[Piala Thomas] Malaysia vs Denmark



Malaysia menempah tiket ke separuh akhir hari ini dengan menentang Denmark selepas menewaskan Korea malam tadi.

Terima kasih kepada Lee Chong Wei, Tan Wee Kiong / Goh V Shem dan Chong Wei Feng. Permainan agak dramatik semasa keputusan seri 1-1 sebelum Wei Feng yang bermain 3 set menceriakan kem Malaysia. Wei Feng yang bermain kurang konsisten sering membuatkan kem Malaysia risau kerana lawannya juga seorang pemain yang bagus namun kurang pengalaman.

Tetapi kita harus bangga dengan beregu kita yang telah bangkit setelah Malaysia ketandusan pemain beregu. Walaupun baru pertama kali di gandingkan, pasangan Tan Wee Kiong / Goh V Shem ternyata boleh melangkah jauh dan keserasian mereka terserlah.

Malam ini jangan lupa saksikan perlawanan Malaysia vs Denmark pada pukul 8.30 malam di kaca televisyen ataupun klik pada pautan ini Live Piala Thomas di mana kami bawakan secara eksklusif.

2 comments:

arzmoha said...

mengharapkan malaysia berjaya dengan mudah. tapi terpaksa berdepan dengan denmark. apapun tetap menyokong pasukan negara.

blog ini telah pun ada dalam bloglist saya.

Wayne Harraz said...

Malaysia mesti boleh!!!! Malam ni kita tengok secara live

thks sbb msukkn blog ni. nnt sy msukkn blog arz dlm list stylo