Friday, May 9, 2014

Piala Thomas 2014 - Elak jumpa China


Bahang ba­gi menghadapi kejoha­nan Piala Thomas 2014 semakin dirasai.

Hanya dua minggu sahaja lagi kejohanan tersebut akan bermula di New Delhi dan skuad badminton negara mensasarkan untuk menjadi juara Kumpulan C bagi memastikan laluan mereka mudah ke peringkat seterusnya, sekali gus da­pat mengelak pertembu­ngan dengan China di pusi­ngan suku akhir.



Ketua jurulatih perse­ora­­ngan negara, Rashid Si­dek (gambar) berkata, segala persia­pan akhir te­lah dilakukan oleh m­ereka dan yakin ba­ha­wa pa­sukan negara sudah berse­dia untuk menghadapi kejohanan tersebut.

"Persediaan dari segi mental dan fizikal adalah antara perkara yang kami berikan tumpuan dalam usa­ha merealisasikan matlamat kami dalam misi membawa pulang Piala Thomas.

"Bagaimanapun, kami menghadapi sedikit ma­sa­lah apabila pasukan be­regu negara masih lagi ti­dak konsisten, namun itu ti­dak menggugat misi kami kerana kami masih mampu untuk memberi saingan kepada pihak lawan dan kami akan menghadapi mereka satu demi satu," katanya ke­tika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Malaysia, yang kali terakhir merangkul kejuaraan berprestij itu pada 1992 di Kuala Lumpur, diletak dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, India dan Jerman manakala China berada di dalam Kumpulan D bersama-sama Taiwan, Rusia dan Perancis.

China dilihat mampu mempertahankan kejuaraan mereka berdasarkan senarai pemainnya, yang turut meletakkan juara dunia dan Olimpik, Lin Dan sebagai perseorangan keempat.

Kehadiran pemain nombor 58 dunia itu sudah pasti mendatangkan gerun buat semua pencabar mereka, termasuk Malaysia yang mungkin akan bertemu juara sembilan kali itu lebih awal jika hanya menamatkan saingan sebagai naib juara kumpulan.

Semalam, pasukan negara melakukan persiapan terakhir sebelum ke New Delhi apabila kesemua pemain Piala Thomas dan Uber telah menyiapkan visa di kedutaan India tanpa sebarang masalah. Mereka akan berangkat Khamis depan.
Recent Comments Widget