Haih...
Beginilah jadinya apabila jati diri seseorang yang terlebih over dan tak kena tempat. Buat perbandingan pun, dengan Indonesia dan Singapura. Letih la macam nie kalau mentaliti orang lama berterusan sebegini rupa. Bercakap tue seolah-olah macam kalau Malaysia ditakuk yang lama tak mengapa asalkan semua tiada perubahan perlu dilakukan.
Aku kalau baca cerita-cerita macam nie memang panas hati. Apa tak nya, yang bagi pendapat tue bukan calang-calang tapi seorang Naib Presiden FAM. Orang besar. Ada kelulusan luar negara. Punyai syarikat besar, tapi mentaliti, masih ditakuk lama.
Korang baca sendiri lah apa yang mamat nie cakap dalam myMetro
‘Saya tak minat’
Oleh Mohd Firdaus HashimKuala Lumpur: Penyerang sensasi Selangor, Paulo Rangel boleh melupakan terus hasratnya untuk menyarung jersi Harimau Malaya apabila Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Subahan Kamal secara peribadi menyatakan tidak berminat mendapatkan sentuhan pemain kelahiran Brazil itu.
Subahan yang juga pengurus pasukan kebangsaan berkata, istilah mengambil pemain luar atau naturalisasi bukanlah jalan penyelesaian tepat buat menjawab semua persoalan terhadap kegagalan skuad negara di pentas antarabangsa selama ini.Sambil menyampaikan penghargaan terima kasih terhadap Rangel yang bersungguh-sungguh menyatakan pendiriannya, Subahan tetap tidak bersetuju 100 peratus mengenai isu naturalisasi.
“Suka tidak suka, sebagai rakyat Malaysia saya lebih mahu melihat ramai anak tempatan bermain mewakili negara. Betul kita mahukan kemenangan setiap kali pasukan negara turun, biarlah jatuh bangun pasukan di tangan pemain tempatan.
“Saya lebih tertarik untuk melihat pasukan negara dibarisi pelbagai bangsa seperti Cina, India dan Sikh supaya kita dapat merasai nikmatnya apabila pasukan kita menang.
“Lihat saja Indonesia, mereka memiliki ramai pemain naturalisasi, tetapi tidak pernah menjuarai Piala AFF. Begitu juga Singapura, ranking dunia mereka tidak jauh dengan pasukan kita, jadi di mana kehebatan sebenar pemain bertaraf import ini.
“Pendek kata, saya tidak menyokong langsung isu naturalisasi ini kerana masih yakin dengan kelibat pemain tempatan,” katanya ketika diminta mengulas kesediaan Rangel menukar status kerakyatan untuk mewakili negara.
Menerusi laporan Arena Metro semalam, Rangel, 29, yang dikecam hebat pemerhati bola sepak tempatan tetap tidak patah semangat, sebaliknya berjanji akan bermain mati-matian seperti mewakili negara sendiri jika diberi peluang menyertai skuad kebangsaan.
Namun menurut Subahan, jika adanya pemain kelahiran luar negara yang memiliki darah campuran Malaysia seperti pemain tengah Sarawak, Junior Eldstal dan pemain Kelantan, Brendan Gan, mereka amat dialu-alukan untuk membantu pasukan negara.
“Isu Junior dan Brendan berbeza sekali dengan Rangel. Kedua-duanya ada darah Malaysia, sudah tentu mereka juga anak Malaysia walaupun tidak dibesarkan di sini.
“Malah FAM sendiri sedia mencari pemain berdarah kacukan ini untuk diberi peluang mewakili negara kerana mereka juga sebahagian daripada masyarakat Malaysia,” katanya.