Akhirnya, Arsenal tiba jua ke gelanggang keramat Wembley dalam FA Cup grand finale ini. . Boleh dikatakan hampir 88% peminat bolasepak dunia memilih Arsenal sebagai bakal juara FA Cup dan menamatkan kemarau 8 tahun tanpa trofi. Pastinya, game ini ditunggu-tunggu oleh peminat Arsenal seluruh dunia.
Walaupun Arsenal dikatakan sebagai favorite, Hull City bukanlah lawan yang mudah mengalah. Mereka juga bermain secara berpasukan dan mempunyai kualiti permainan yang baik. Namun, dalam 4 perlawanan EPL yang lepas, Hull City sedikit terumbang ambing kerana mengalami kekalahan berturut-turut. Steve Bruce pasti tidak mahu perkara tersebut terjadi dalam perlawanan ini dan dijangka Hull City pasti akan merangka strategi untuk menghalang Arsenal daripada menjadi juara.
Arsenal pula sebaliknya. Arsenal tetap berjaya menduduki tangga ke-4 liga walaupun dilanda pelbagai masalah terutamanya key player yang injured seperti Aaron Ramsey dan Mesut Ozil. Aaron Ramsey begitu cemerlang pada musim ini dan kehadirannya pasti menyuntik semangat Arsenal untuk menang. Dengan kekuatan midfield yang dikatakan antara yang terbaik di Eropah, Arsenal bersemangat untuk meraih piala pada musim ini. Kemarau trofi yang dialami mereka membuatkan Arsenal lebih bermotivasi untuk menundukkan Hull City. Arsene Wenger perlu merancang sesuatu bagi mengelakkan kekalahan seperti yang berlaku di final FA Cup ketika bertemu Birmingham City dahulu.
Jadi admin menjangkakan bahawa Arsenal akan menang kali ini. Sudah cukup lama Arsenal menunggu untuk meraih trofi dan ini sajalah masanya.
Prediction: Hull City 1 vs Arsenal 3.
credit picture to:
-Arsenal Apa Plut (AAP) facebook-
-bergkamp-