Arsenal dilihat akan memperkuatkan skuad yang sedia ada dengan kemungkinan membawa masuk pemain muda Real Madrid, Alvaro Morata.
Penyerang berbakat tersebut sememangnya menjadi sasaran Arsene Wenger dan beberapa kelab lain juga dilihat berminat untuk mendapatkan khidmat Alvaro Morata.
Musim lepas, Arsenal telahpun cuba untuk mendapatkan khidmat Morata secara pinjaman, namun disebabkan terdapat clause di dalam kontrak Morata menyebabkan usaha tersebut gagal.
Morata berjaya menjaringkan 9 gol daripada 28 perlawanan. Dalam masa yang sama, minat Arsenal untuk mendapatkan Karim Benzema juga terpaksa dilupakan kerana Carlo Ancelotti mahukan penyerang tersebut menandatangani kontark terbaru bersama Real Madrid.
Sumber: Daily Mail
-luis Garcia-