Sedikit bingkisan mengenai saingan Piala AFC antara TRW dan juga kelab South China di Stadium Mong Kok, Hong Kong semalam. Yup. TRW kalah. bolos 4 ketul tanpa balas. Apapun aku ucapkan tahniah kepada TRW atas cabaran anda ke Hong Kong. Dah la tanpa jurulatih, dan kini kalah.
Sabar... Tahun depan kita bersaing lagi untuk Piala AFC lagi. Kami Di Stylo Sport sentiasa akan memberi sokongan kepada kelab-kelab bolasepak Malaysia di masa susah mahupun senang. Kelab jer tau. FAM?....
No komen...
Hahahhaha....
Kuala Lumpur: Hajat Kelantan untuk mengelak daripada menghuni tangga tercorot Kumpulan G saingan Piala AFC tidak kesampaian apabila wakil negara itu tewas besar 4-0 di tangan South China di Stadium Mong Kok, Hong Kong, malam tadi.The Red Warriors huni tangga tercorot
Kelantan hadir di Hong Kong tanpa khidmat jurulatih Steve Darby apabila dipecat selepas The Red Warriors diaibkan Sime Darby dengan keputusan 0-4 dalam aksi Liga Super sebelum ini.
Aksi longlai dipamerkan anak buah pengendali sementara, Zahasmi Ismail di awal permainan pantas dihukum barisan serangan South China yang menguasai penuh aksi di babak pertama.
Dua awang importnya Dhiego Martins dan Andrew Barisi meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit ke-20 hasil gerakan satu dua untuk memerangkap Khairul Fahmi Che Mat di pintu gol.
KHAIRUL bolos empat kali di Hong Kong.
Bersambung babak kedua, Andrew menambah dua lagi gol (minit ke-74 dan 92) manakala Lo Kong Wai melengkapkan pesta pasukannya dengan jaringan minit ke-81.
Sementara itu, dalam satu lagi pertemuan, wakil Vietnam, Ninh Binh mengutip tiga mata penuh apabila menundukkan Yangon United 4-1 buat menjuarai Kumpulan G dengan mengumpul 16 mata manakala Yangon United muncul naib juara.
Sumber: myMetro
-luis Garcia-