Wednesday, April 16, 2014

Steve Darby vs Sime Darby = Selamat jalan


EKORAN kekalahan terburuk Kelantan - KAFA mengambil langkah drastik dengan memecat jurulatih Steve Darby berkuatkuasa serta merta sejurus selepas The Red Warriors (TRW) kalah teruk 4-0 di tangan Sime Darby.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengadakan perbincangan setelah tamat perlawanan tersebut.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata dalam laman facebook miliknya: “Setelah berbincang dengan pengurusan TRW sebentar tadi, kita mengambil keputusan melepaskan Steve Darby dari tugas kejurulatihan TRW berkuatkuasa serta merta”.

Dalam pada itu, dalam “posting” yang sama, Annuar Musa turut mengesahkan Kelantan sudahpun mengikat kontrak dengan pemain dari Ghana, Price Tagoe.

“Kita juga mengesahkan TRW telah mengikat kontrak dengan pemain Piala Dunia dan Bundesliga dari Ghana Prince Tagoe. Beliau dijangka beraksi Jumaat ini menentang Sarawak,” kata Annuar Musa.

Dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Selayang malam tadi, ia menyaksikan pemain Sime Darby, Mateo Roskom mencipta hatrik masing-masing pada minit ke-6, 46 dan 69, manakala satu lagi gol dihasilkan oleh Mahmoud Amnah di minit ke-66, ia adalah kekalahan terburuk Kelantan dalam saingan Liga Super pada musim ini.
Recent Comments Widget