Thursday, April 10, 2014

Persoalan terungkai hari ini?

Adakah?

Iyakah?

Benarkah?

Betulkah?

Arh.... Aku dah tertekan menunggu kesudahan cerekarama nie. Letih tau. huhuhuh...

KUALA LUMPUR - Tumpuan pemerhati bola sepak tempatan kini tertumpu kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah sama ada akan mempertahankan jawatan disandang semenjak 30 tahun lalu apabila baginda dijangka mengumumkan hasratnya pada hari ini.
Walaupun sebelum ini terdapat sumber yang kuat mengatakan baginda masih berminat menjadi presiden buat tempoh empat tahun lagi iaitu hingga 2018, masih tiada pendirian rasmi daripada Sultan Ahmad Shah mengenai perkara berkenaan.
Apa jua kenyataan yang dizahirkan oleh baginda pada hari ini pasti akan melenyapkan segala spekulasi mengenai kedudukannya sejak dua nama lain, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang merupakan Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut dikaitkan berminat memikul jawatan berkenaan.
Jika seperti diramalkan baginda akan mempertahankan kedudukan selaku presiden, ramai pemerhati meramalkan tiada perebutan bagi jawatan berkenaan dengan Tengku Abdullah yang merupakan anakanda baginda dan Tunku Ismail pasti tidak akan mencabar kerusi paling panas di FAM itu.
Jika ayahandanya membuat keputusan untuk kekal, Tengku Abdullah pasti akan mempertahankan jawatan selaku Timbalan Presiden manakala Tunku Ismail yang tidak menerima sebarang pencalonan bagi jawatan nombor dua di FAM, mungkin tidak akan bertanding pada kali ini.
Selain itu, pendirian Sultan Ahmad Shah dilihat cukup penting bagi sesetengah calon yang masih memikirkan jawatan mana untuk ditandingi sebelum membuat keputusan akhir agar tidak tersalah langkah.
"Jika Sultan Ahmad Shah dan Tengku Abdullah kekal di jawatan masing-masing, persaingan sengit pasti akan berlaku bagi mengisi satu lagi kerusi Timbalan Presiden yang kosong dengan tiga calon, Datuk Seri Subahan Kamal, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Datuk Mokhtar Ahmad antara nama yang paling mencuri tumpuan.
"Namun andai kata berlaku sebaliknya dengan Tengku Abdullah mahu menawarkan diri bertanding presiden, perebutan kerusi timbalan presiden pasti lebih terbuka dan kemungkinan lebih ramai calon yang layak akan tampil berbuat demikian.
"Bagi naib presiden, tiada siapa yang dilihat ke hadapan buat masa ini dan semua nama yang layak bertanding dilihat mempunyai kedudukan seimbang untuk menang," kata sumber yang rapat dengan FAM.
Exco FAM yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Status, Datuk Takiyuddin Hassan dan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman, dikhabarkan antara nama yang mendapat pencalonan tertinggi bagi jawatan naib presiden.
Semua calon akan membuat keputusan akhir selewat-lewatnya pada 19 April ini kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin sama ada mahu bertanding dan jawatan mana akan ditandingi.
Setakat ini, Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Mukhriz Mahathir dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengesahkan mereka menolak pencalonan sebagai Timbalan Presiden FAM.

-luis Garcia-
Recent Comments Widget