Arsene Wenger mengemudi game ke 1000 dengan penuh malang. Bukan sahaja bertemu Chelsea di Stamford Bridge, malah kena tibai kaw-kaw dengan Chelsea. Gol 6 bijik tanpa balas menunjukkan bahawa Arsenal bukanlah pencabar kejuaraan EPL yang sebenar.
6 bijik. Ada masalah? |
Kad merah kontroversi kepada Kieran Gibbs amat mengecewakan penyokong Gunners. Referee seakan-akan buta dalam melihat kesalahan. Sepatutnya Alex Chamberlain yang dikenakan red card kerana menggunakan tangan untuk menghalang bola dari Eden Hazard sebaliknya, Kieran Gibbs pula yang dipersalahkan. Referee memainkan peranan penting pada game kali ini.
Walaupun begitu kekebalan benteng pertahanan Chelsea tidak dapat dinafikan. Dengan Nemanja Matic sebagai defensive midfielder serangan Arsenal dapat dipatahkan dengan begitu mudah. Gol counter attack juga bermula daripada Matic.
Kesimpulannya, Chelsea memang patut menang. Arsenal seperti longlai apabila masuk ke separuh masa kedua. Nampaknya kejuaraan liga masih jauh dari Arsene Wenger.
Kesian, nak menipu jugak.keh3 |