Saturday, March 29, 2014

Lionel Messi ke Bayern Munich?


"Jika Lionel Messi ke Bayern Munich, maka dunia bola sepak akan berakhir..."

Itulah yang diperkatakan oleh Diego Maradona selaku jurulatih Argentina yang melihat perubahan pada skuad Barcelona dan pentadbirannya.

"Saya percaya Messi akan memakai jersey kelab yang lain selepas ini, dan bukan lagi Barcelona". Maradona yang merupakan legenda Argentina berkata demikian kerana beliau percaya perubahan yang berlaku dalam pentadbiran Barcelona membuatkan Barcelona seakan-akan sanggup untuk menjual Messi.

Lionel Messi in action against Bayern
Messi dengan Ribery


"Identiti Barcelona sudah berubah. Barcelona berubah terlalu drastik. Dahulu, pentadbiran Barcelona terlalu kuat sehinggakan mereka langsung tidak membenarkan sebarang bentuk iklan pada jersey mereka. Kini, mereka ada Qatar Foundations."

"Jika Barcelona membenarkan pengiklanan pada jersey mereka, tidak mustahil suatu hari nanti, mereka akan membenarkan Messi bermain untuk Bayern Munich."

Bayern Munich ketika ini akan mendapat khidmat Robert Lewandowski selepas Lewandowski menandatangani pra-kontrak sebelum musim 2013-2014 bermula. Bertambah-tambah la pemain yang duduk kat bangku simpanan Bayern.

Kalau Messi ke Bayern dan bekerja dengan Pep Guardiola, semua pasukan bolasepak akan mengaku kalah. Dalam Bundesliga pula, semua orang akan bersaing untuk tempat kedua sebab tempat pertama memang pasti Bayern. Keh3~
Recent Comments Widget