Sunday, February 2, 2014

Ulasan game Stoke vs ManU



Hari ni admin Bergkamp nak ulas pasal game antara Stoke City vs Manchester United. Seperti yang kita tahu dengan kemasukan Juan Mata, United kelihatan yakin dapat membenam Stoke. Stoke pula selepas kekalahan 3 kali berturut-turut liga dalam liga, mereka bermotivasi untuk menang bagi menjauhkan diri dari kelompok zon penyingkiran.

Secara ringkasnya pada awal perlawanan agak hambar dan peluang gol pula sikit. Stoke bermain long ball yang agak efektif walaupun tidak begitu menarik pada pandangan penonton. Manchester pula kelihatan terikut-ikut dengan cara Stoke dan ground ball juga selalu tersekat sebelum tiba ke kaki Van Persie.

Turning point kepada game ini adalah apabila Phil Jones dan Jonny Evans injured. Defense United seperti terus goyah. D.Moyes pula memasukkan Welbeck dan Rafael untuk fullback dan Smalling dari fullback beralih ke central defender. Michael Carrick pula beralih kepada central defender dan Wayne Rooney bermain lebih deep untuk cover midfield yang ditinggalkan Carrick.

Smalling kelihatan sukar untuk memahami corak serangan Stoke dan clearance yang dilakukan pula tidak begitu meyakinkan. Stoke mengambil peluang melalui lucky free kick dari Charlie Adam apabila Smalling melakukan foul terhadap Jonathan Walters.

Walaupun gol pertama dari Stoke City seperti hanya bernasib baik, tetapi free kick Charlie Adam kelihatan on target walaupun deflect dari Carrick.

Kemasukan Welbeck untuk meningkatkan serangan United seperti tiada effect. Welbeck goyah bila berhadapan dengan defender Stoke yang physically kuat.

Kemudian, Stoke City dihukum apabila clearance yang tidak begitu sempurna diambil oleh Juan Mata dan assist kepada Van Persie telah membuahkan gol. Sekali lagi Juan Mata memainkan peranan.

Pada separuh masa kedua Manchester United menggandakan asakan terhadap kubu Stoke City namun penyudah yang kurang menyebabkan mereka tersekat. Larian bijak dari Marko Arnautovic dan overlap dari Erik Pieters selalu mengucarkacirkan Rafael.
Stoke City yang bermain long ball terus membuat hantaran ke Peter Odemwingie di dalam kotak penalti. Odemwingie yang bijak mengumpan dengan menanduk bola ke Arnautovic tetapi misskick dari Arnautovic membuatkan box to box midfielder, Charlie Adam mengambil peluang untuk merembat bola dengan cantik ke penjuru kiri De Gea.

United terus menggandakan asakan, dengan free kick Wayne Rooney luar kotak yang sudah pasti gol, namun ditampan kemas oleh Asmir Begovic.
Setelah van Persie, dikeluarkan, attacking United tidak begitu kemas malah mensia-siakan peluang terhidang.

Biarpun masa tambahan sebanya 7 minit, tetapi peluang gol untuk United sangat tipis

Admin juga nak highlights satu insiden yang melibatkan Michael Carrick dan David de Gea yang mana 25000 penonton bola sepak di Britannia Stadium kelihatan tidak memahami tindakan Carrick. Michael Carrick dilihat menyepak bola ke arah de Gea dan de Gea menangkap bola tersebut. Penonton beranggapan bahawa free kick di dalam kotak penalti perlu diberikan namun Carrick tidak menggunakan kaki, tetapi menggunakan lutut. Referee menjalankan kerja yang baik dengan tidak menghadiahkan free kick kepada Stoke City.

Charlie Adam of Stoke City scores his second goal
Gambar Credit to foxsportsasia.com
-admin Bergkamp-
Recent Comments Widget