Nampaknya prediction admin bergkamp meleset. Admin menjangkakan ManCity akan menang, tapi Jose Mourinho menunjukkan keputusan yang sebaliknya. Tahniah diucapkan kepada Chelsea.
Atas jasa baik Taktikal Bola Sepak Dunia, admin nak share dengan pembaca mengenai pendapat mereka tentang game ini.
Manchester City 0 - 1 Chelsea.
Man City bermula dengan formasi kebiasaanya 4-4-2 , Kehilangan beberapa pemain seperti Nasri, Fernandhino & Aguero mencacatkan sedikit strongest play City malah pemilihan Dzeko pair Negredo dan Toure pair Demichellis adalah utk seimbangkan game menentang Chelsea
Hart
Zabaleta - Nastasic - Kompany - Kolarov
Navas - Demichelis - Toure -Silva
Dzeko - Negredo
Cech
Ivanovic -Terry - Cahill - Azpilicueta
Luiz - Willian - Matic
Ramires - Eto'o - Hazard.
Jika kita lihat kepada Chalkboard pula, bermain 4-4-2 menentang 4-3-3 ia terdapat perbezaan bg kedua team. City memiliki kelebihan di bhg forward iaitu terdapat dua clinical striker utk deal dua centerback Chelsea, manakala Chelsea pula berkelebihan di bhg midfield iaitu terdapat seorang advance playmaker di layer kedua pula utk deal dua pemain di center midfield City. So ia boleh di katakan fair & square bagi kedua team dan apakah yg berlaku di atas padang ??
Kemenangan Chelsea dalam perlawanan ini adalah melalui keberkesanan taktikal yang diterapkan oleh Jose Mourinho. Salah satu tactical key JM adalah keberkesanan gandingan Matic dan Luiz di bhgn midfield
Berhadapan dengan free scoring team, yang mana Man City tidak pernah gagal untuk score di Etihad dalam 61 games,pairing Matic dan Luiz memastikan bahagian midfield sentiasa compact dan solid, untuk screening bahagian back four Chelsea. Pendekatan pair ini bermain secara fizikal dan robust, work rate dan energy yang tinggi serta commit untuk support attaking at certain time. Point utama meletakkan pemain yang aggresif di midfield adalah untuk stop influence dari creative player MC seperti Yaya Toure dan Silva. (yang mana JM tahu Silva akan tend to drift inside dari posisi asalnya di flank)
* kekerapan Silva utk drift juga memberikan ruang kpd Ivanovic utk moving forward walaupun lesen utk overlap tidak sebenarnya di berikan kpd beliau dan Azpilicueta (JM lebih fokus utk kedua fullback chelsea stop attacking play Winger City dan stay deep tetapi common sense utk breaking rules bergantung kpd situasi dan ini yg berlaku kpd Ivanovic melihat ruang yg Silva tinggalkan)
Di aspek lain pula, Manuel Pellegrini pula seperti tersilap taktik dengan meletakkan Demichelis di bhgn DMF menggantikan tempat ever-reliable Fernandinho yang cedera. Demichelis nampak struggle untuk keep up with the pace and power of Chelsea midfield. Dengan itu,hanya Toure menjadi focal point di centre area,untuk supply bola ke striker.Toure pula seperti exhausted kerap diasak Matic dan Luiz apabila mendapat bola, menjadikan striker MC sedikit isolate dan static di bhgn depan. Mobiliti box to box Fernandinho amat dirasai, apabila beliau tidak bermain.
Willian pula diberi role yang lebih advance, dalam formasi 3 attacking midfield ni. Beliau lebih di arahkan utk melakukan pressing kpd mana2 pemain City yg memiliki bola di kaki sambil ruang utk pemain city melakukan penetration run & pass di hadang baik oleh kedua holding chelsea. Hazard pula menjadi key utama dalam merencana attacking Chelsea, menggunakan pace dan trickery beliau untuk tear opposition defend, membuatkan defend MC perlu memberi perhatian lebih terhadap winger Belgium ni. Ia juga dibantu dengan work rate yang tinggi oleh Willian dan Ramires yang amat berkesan dalam melakukan counter attack. Dengan performance Demichelis yang kurang membantu protect back four mereka, MC amat berhati-hati untuk commit player forward, agar tidak diperangkap counter attack play yang pantas dari trio AMF Chelsea.Tapi kesannya, attacking City nampak tumpul, cuma berbahaya di hujung-hujung permainan.
Apa yg di lakukan Pellegrini di 2nd Half apabila Chelsea lead 1 gol di Etihad, beliau mengarahkan anak-anak buahnya utk kembalikan rentak permainan. Cuba utk melakukan lencongan, hantaran, lorongan sebanyak mungkin ke dalam penalty box chelsea walaupun melihat Chelsea memiliki defensive unit yg solid berbanding menukarkan pemain yg lebih berani utk beat opponent dgn individual play.
Menukarkan Negredo kpd Jovetic di minit akhir sebenarnya satu langkah yg baik dengan melihat Negredo yg outplayed & isolated. Dengan pengaruh Jovetic yg lebih advanced bergerak di bhg attacking sedikit sebanyak membantu City utk lebih pantas melakukan serangan dan teknikal ability pemain ini sepatutnya ditekankan lebih awal utk pressure Chelsea jika ingin menyelamatkan rekod di Etihad tetapi kebijakan game plan dan preparation Mourinho dan sedikit anjakan moral yg memberikan confident level pemain2nya menutup segala kritikan bahawa beliau bukan hanya utk bertahan tetapi menyerang dan ini memberikan mereka 3 mata penuh di Etihad.
-credit to Taktikal Bola Sepak Dunia (facebook)-
-admin Bergkamp-
Sumber gambar dari Taktikal Bola Dunia (facebook) |