Monday, February 10, 2014

Review game Liverpool vs Arsenal

Dalam beberapa hari ni admin Luis Garcia macam bangga gila-gila punya sebab team feveret dia menang lawan Arsenal. Admin bergkamp akui kekalahan Arsenal. Nak nyesal pun tak guna, baik admin review skit game tersebut. At least kita tau apa masalah yang dihadapi oleh player dalam padang.

Banyak jugak yang admin nak highlight hari ni. Kita kupas sikit-sikit.


  1. 20 minit pertama adalah disaster. Arsenal banyak buat useless move. Sememangnya untuk 20minit ni Liverpool menang dalam battle of midfield. Coutinho, Gerrard, Henderson pandai ambil peluang. Dispossess Özil saja boleh buat gol
  2. Kelemahan marking. Marking ni khas untuk Monreal. Monreal perlu tahu jika sarung jersey Arsenal, segalanya perlu diperbaiki. Monreal dipermainkan Suarez secara total.
  3. Set piece. Arsenal masih lemah dalam set piece. Kalau player macam Skrtel boleh skor 2 biji hanya dengan header, bayangkan kalau John Terry atau Ivanovic yang power header. Boleh hatrick rasanya.
  4. Lambat back. Bila Arsenal nak attack, nampak slow. Pattern yang sama setiap game. Brendan Rogers bukan orang baru dalam bola sepak. Dia boleh nampak Arsenal punya attack pattern. Bila kena counter player lambat balik. Mana tak goal.
  5. One on one. Admin akui Liverpool power dalam  situasi one on one. Suarez Sturridge, Sterling, Coutinho masing2 boleh beat opponent bila one on one. Speedster mcm Suarez, Sterling, dan Sturrudge ni mmg susah bila kena counter.
  6. Lambat panas. Dalam beberapa perlawanan sebelum ni, Arsenal dilihat lambat panas dan hanya score masa separuh masa kedua. Brendan Rogers telah buktikan. 2nd baru Arsenal dapat goal. Anda tengok tak bagaimana defend Liverpool cover Cazorla dan Giroud? World class defend beb!

Rasanya setakat itu saja lah uladan dari admin. Admin peminat Arsenal, tapi bila jadi macam ni, terima ja kenyataan. Janji Manchester United no 7. 

Hehehe~~


Recent Comments Widget