Setakat ini kedudukan liga masih berpihak kepada Arsenal dengan mendahului Manchester City dengan 2 mata. Namun City masih kurang satu perlawanan dan jika mereka menang, City akan menduduki tangga teratas.
Pada pagi ini dunia pasti tertumpu kepada pertemuan antara Chelsea vs Manchester City, yang mana Chelsea pasti ingin menang bagi mengejar tangga teratas dan Manchester City pula ingin memotong kedudukan Arsenal.
Jose Mourinho dijangka akan menurunkan pemain baru mereka, Nemanja Matic bagi mengukuhkan serangan manakala City pula yang kehilangan Aguero akibat kecederaan, akan meletakkan Alvaro Negredo dan Edin Dzeko di hadapan.
Walaupun kekuatan skuad Chelsea dan Manchester City dilihat kuat, admin menjangkakan bahawa Manchester City akan menang dengan kelebihan tempat sendiri dan motivasi untuk naik ke takhta liga. Bagaimanapun itu semua hanya jangkaan. Sama-sama kita nantikan.
-admin Bergkamp-
-admin Bergkamp-