Friday, May 6, 2016

Juara EPL 2015/16 - Leicester City tertekan

Berapa ramaikah pemain Leicester City yang tinggal musim hadapan

Kemungkinan pemain di beli kelab besar


Leicester City bukanlah kelabfavourite untuk memenangi EPL 2015/2016 ini. Sesuatu yang menakjubkan apabila sebuah pasukan yang bergelumang dengan zon penyingkiran musim lepas dan tiba-tiba memenangi EPL!!!
Foxtel have signed a broadcast agreements with six major English  clubs to show Premier League games, launching three new 24/7 channels all games will be shown delayed.

Sebuah kelab underdog, yang tidak mempunyai pemain bintang yang berpengaruh namun berjaya melakar sebuah cerita.

Memang mereka hebat musim ini. Namun mereka harus berterima kasih kepada Chelsea yang mengalami pergolakan dalaman pada permulaan musim, Liverpool yang masih mencari rentak dan persefahaman dengan jurulatih baru, Arsenal dengan masalah ketajaman jentera serangan dan Manchester United dengan taktikal yang memeningkan.

Leicester City juga harus berterima kasih kerana mereka hanya bermain liga domestik sahaja. Mereka mempunyai jadual perlawanan yang tidak ketat berbanding 4 pasukan yang bermain di Champions League dan juga Liga Europa.

Pemain Leicester City juga sentiasa fit kerana jadual perlawanan mereka tidak ketat.

Nama seperti James Vardy dan Riyad Mahrez juga menjadi sebutan secara mendadak. Dan juga N'Golo Kante yang sentiasa mengucar kacirkan pasukan lawan dengan larian yang pantas selain kepaduan pertahanan gandingan Huth dan Morgan.

Persoalan pertama ialah sejauh mana kekuatan pasukan ini musim hadapan? Ya, mereka akan bertanding di dalam Champions League. Pemain lebih hebat pasti akan di beli bagi mengelakkan kekurangan pemain yang cedera kerana kepadatan jadual perlawanan.

Spurs pernah mengalami situasi yang sama semasa mereka bermain di Champions League. Namun, mereka kekurangan pengalaman bermain di Champions League dan seterusnya gagal.

Inilah yang amat di takuti Reneiri. Pemain utama sudah tentu akan di pancing kelab besar. Apa yang Reneiri perlu lakukan ialah memberikan jaminan kepada pemain untuk bersamanya untuk satu musim lagi. Dan jika mereka tidak mampu mengekalkan kejuaraan itu, mereka boleh pergi meneruskan karier di tempat lain.


Recent Comments Widget