Wednesday, October 28, 2015

Ancelotti kembali ke Chelsea

Ancelotti kembali ke Chelsea

Mourinho di ambang pemecatan



Segalanya tampak tidak menjadi buat Mourinho selepas insiden bergaduh dengan doktor Eva. Kekalahan demi kekalahan di lalui Chelsea. Adakah pemain semua telah menikam belakang Mourinho?

Pergaduhan dengan Doktor Eva permulaan tragedi



Apa yang aku nampak, semenjak bergaduh dengan Doktor Eva, Chelsea terus merudum. Tapi kenapa dan apa kaitan dengan prestasi Chelsea dengan Doktor Eva?

Adakah sebab seorang chinggey, Chelsea terus tersungkur?

Mungkin juga Doktor Eva memberikan impak prestasi Chelsea di belakang tabir. Dan apabila dia tidak lagi bersama Chelsea, rasa kesannya di alami pemain.

Dan mungkin juga pemain telah jemu dengan sikap Mourinho.

Mari kita imbas apa yang berlaku sebelum dan selepas pemecatan Doktor Eva.

Kepulangan di nanti
3 Jun 2013
Selepas menerajui Real Madrid, Mourinho kembali kepada Chelsea semula untuk mencipta kejuaraan kali ke-2.
Musim pertama tanpa trofi
11 Mei 2014
Musim pertama Chelsea bukanlah musim terbaik Mourinho. Menduduki tempat ke-3. Musim itu juga Chelsea menjual Mata kepada United dengan harga £37.1 juta.
Menandatangani Key Player
2014
Diego Costa dan Cesc Fabregas tiba Chelsea dan Thibaut Courtois dibawa pulang dari Atletico Madrid menggantikan tempat Petr Cech dan Mourinho cuba membentuk satu pasukan baru. 
Trofi Pertama
1 Mac 2015
Trofi pertama Chelsea di tangan Mourinho dengan menjuarai League Cup.
Juara Liga Perdana
3 Mei 2015
Musim 2014/2015 merupakan musim terbaik Chelsea dengan memenangi kejuaraan liga. Mourinho kemudiannya menandatangani kontrak sehingga 2019.
Perbalahan dengan Carneiro
8 Ogos 2015
Ketika seri 2-2 menentang Swansea di hujung perlawanan, Eden Hazard bertembung dengan pemain Swansea dan perlawanan di hentikan sementara, doktor Eva dan fisio Jon Fearn memasuki padang untuk melihat kecederaan Hazard. Namun Mourinho bengang dengan tindakan doktor Eva dan memarahinya dan doktor Eva telah keluar dari Chelsea pada bulan September.
Kalah kepada seteru utama
16 Ogos 2015
Episod kejatuhan Chelsea bermula dengan kalah kepada Manchester City 3-0 dan mengeluarkan kapten John Terry pada separuh masa ke-2.
Kalah kepada Palace di laman sendiri
29 Ogos 2015
Kekalahan di laman sendiri semasa menentang Crystal Palace.
Kalah kepada Everton
12 September 2015
Hat-trick dari Steven Naismith 3-1 di Goodison Park.
Kempen Champions League suaram
29 September 2015
Kalah kepada kelab asalnya Porto 2-1.
Kecundang di laman sendiri lagi
3 Oktober 2015
Di henyak 3-1 oleh Southampton di laman sendiri. Dikenakan denda sebanyak £50,000 oleh FA Inggeris.
Di belasah West Ham
24 October 2015
Duduk bersama penonton, kalah 2-1, Nemanja Matic di layangkan kad merah.......
Hazard punca kalah Capital One Cup
27 Oktober 2015
Last season's PFA Player of the Year Hazard looks to the touchline after seeing his penalty saved by Butland
Gagal menjaringkan penalti hadiah Hazard kepada Mourinho walaupun Stoke bermain 10 pemain dengan kesudahan Stoke menang 1-1 (5-4) penalti.

Masalah kejatuhan Chelsea

Antara MASALAH UTAMA Chelsea musim ini ialah:
  1. Tiada Striker yang berwibawa
  2. Tiada Midfield yang mengatur percaturan serangan
  3. Defence lembik
  4. SEMUA MASALAH.....muahahahah



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget