Friday, September 4, 2015

UAE vs Malaysia 10 - 0 | World Cup AFC Qualification 2015 (Group A)



UAE vs Malaysia 10 - 0 | World Cup AFC Qualification 2015 (Group A)

Memalukan! Gugurkan Dollah Salleh atau BUBARKAN FAM?

Pasukan Harimau Malaya gagal melakar keputusan memberangsangkan apabila tewas 0-10 kepada pasukan tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Abu Dhabi, sebentar tadi.
Untuk rekod, ini merupakan kekalahan terbesar pasukan negara dalam mana-mana perlawanan antarabangsa. Sebelum ini, kekalahan terbesar yang dialami oleh pasukan negara ialah ketika menentang pasukan New Zealand pada tahun 1967 yang berakhir dengan keputusan 2-8


Cerita adik, kena belasah 5-0 dengan Thailand. Cerita abang pulak, kena belasah 10-0 dengan UAE.

Bala apa lagi yang datang lepas ni?

Statistik game Malaysia


Kita tengok statistik game Malaysia.

Oman 6 – 0 Malaysia

Malaysia 0 – 6 Palestine

United Arab Emirates  10 - 0  Malaysia

Kita tengok plak ranking pasukan yang telah menentang Malaysia.

Oman - 100

Palestin - 119

UAE - 70

Dan lepas ni Malaysia akan lawan Arab Saudi! Macam mana pula ranking Arab Saudi?

8 September/Shah Alam, Malaysia
(169) Malaysia v Saudi Arabia (93)

Ramalan perlawanan menentang Arab Saudi

Kalau ikut ranking pasukan sebelum ini, ranking 100 ke atas, Malaysia kena belasah 6-0. Ranking 70, kena belasah 10-0. Sekarang ni ranking 93. 

Berapa agak-agak kena belasah?

6-0? Boleh jadi?

7-0? Lagi boleh!

8-0? Tak mustahil!

APA FAM BUAT? TERUS SALAHKAN DOLLAH SALLEH?????????????????

Labels:

5 Comments:

At September 4, 2015 at 8:58 AM , Blogger Fnd Rocka said...

tak tahu dah nak gelak ke nak nangis

 
At September 4, 2015 at 9:21 AM , Anonymous Anonymous said...

perlu belajar dari jurulatih itali cara bertahan, kot?

 
At September 4, 2015 at 9:26 AM , Anonymous Anonymous said...

tolong la bang dol...

lepas kalah dengan palestin 6-0 aritu cek dah habaq dah...

kalau sampai perlu tukar kepada formasi 10-0-0 pun buat la...

asalkan saja harimau malaya tidak mendapat kemaluan sebesar ini...

 
At September 4, 2015 at 9:45 AM , Blogger Wayne Harraz said...

Malaysia mencipta sejarah tersendiri. Bukan sahaja kalah 10-0, tetapi 3 pertukaran di buat ke atas goal keeper shj!!!!

 
At September 6, 2015 at 9:57 PM , Blogger mansor said...

Malaysia kalah sebab tak pakai jersey kuning........

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home