Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga-M

/
0 Comments

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga-M

PERSATUAN Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PMFA) buat julung kalinya akan menganjurkan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan bagi pemain dalam Liga Malaysia (liga-M).

Austin Amutu

Anugerah yang bermula bulan ini akan diberikan kepada seorang pemain tempatan dan juga pemain import daripada Liga Super atau Liga Perdana yang menunjukkan prestasi terbaik setiap bulan. 

Bagaimanapun, pemain skuad Harimau Muda tidak layak untuk dicalonkan kerana mereka tidak bermain dalam Liga-M.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata pihaknya akan memasukkan senarai pencalonan dalam laman web PMFA antara tarikh 15 dan 21 setiap bulan dan undian akan dibuka selama seminggu.

"Sesiapa sahaja boleh mengundi calon-calon untuk anugerah tersebut. Para pengundi boleh membuat undian melalui laman web rasmi www.pfam.my," katanya pada sidang media mengenai anugerah itu, di sini, hari ini. 

Penilaian akan dibuat oleh panel empat pengamal media sukan berpengalaman iaitu Ahmad Fazli Mohd Yadi (Kosmo), Sayyed Ismail Saiyed Hussin (TV3), Vijhay Vick (Malay Mail) dan Rizal Hashim daripada Majalah Digital Arena. 

Antara perkara yang dinilai oleh jawatankuasa pencalonan itu adalah prestasi pemain sepanjang bulan. 

Objektif utama PFAM menganjurkan anugerah tersebut adalah untuk mewujudkan suasana persaingan yang positif dalam kalangan pemain dan juga bagi meningkatkan imej dan reputasi pemain dalam kalangan peminat bola sepak. 

Lima calon pemain terbaik untuk bulan Mei ialah Khairul Amri (Lions XII), Dickson Nwakaeme (Pahang), Austin Amutu (Kelantan), Wan Zaharulnizam (Kelantan) dan juga Hairuddin Omar (ATM FA).

Pemenang bakal menerima hadiah RM500, sebuah trofi dan gambar berbingkai pemain tersebut. - Bernama



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit


    You may also like

    No comments:

    LightBlog