Sudarsono Osman menerima baik teguran TMJ
Kelmarin, Tunku Ismail yang juga Penasihat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu, sikap pihak pengurusan tidak profesional menjadi punca kemerosotan skuad bola sepak negara dan mengesyorkan agar FAM melantik individu yang komited untuk menguruskan skuad kebangsaan.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, dalam sidang akhbarnya di Johor Bahru kelmarin turut menegur Sudarsono yang menurutnya tidak bersama skuad Harimau Malaya ketika mereka menjalani latihan di Johor Bahru selama beberapa hari awal bulan ini.
Sudarsono yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), berkata dia bersikap terbuka dengan teguran oleh Tunku Ismail, namun berpendapat adalah lebih baik jika disampaikan menerusi saluran yang betul.
“Apa yang Tunku Ismail tegur itu saya terima dengan ikhlas, (tetapi) sebaiknya Tunku Ismail menyuarakan mengikut saluran yang betul dan bukan secara terbuka.
“Tunku Ismail ada jawatan di FAM dan beliau sebenarnya boleh menyalurkannya menerusi saluran sedia ada,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Tambahnya, sewaktu sesi latihan pasukan negara di Johor Bahru baru-baru ini, beliau terpaksa berada di Kuching, Sarawak bagi memenuhi komitmen tugas.
“Bagaimanapun, saya cuba mengambil tahu dengan sentiasa berhubung dengan pihak jurulatih bagi memantau kemajuan pasukan negara.
“Dalam bola sepak Malaysia, tugas pengurus tak sama macam di Eropah. Pengurus di sana sama dengan ketua jurulatih di sini.
“Ketua jurulatih bertanggungjawab melatih dan memilih pemain serta merancang apa yang terbaik untuk pasukan manakala pengurus pasukan di sini hanyalah perantara antara pengurusan FAM dan pasukan,” jelasnya.
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
Labels: Malaysia
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home